Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel, disebat kerana merompak, cuba membakar stesen minyak

Seorang lelaki berusia 26 tahun dijatuhkan hukuman penjara, disebat dan didenda hari ini (2 Ogos) atas beberapa kesalahan termasuk merompak, mencuba membakar stesen minyak dan menyara hidupnya dengan menggunakan pendapatan seorang pelacur.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel, disebat kerana merompak, cuba membakar stesen minyak

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 12:07AM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 12:09AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 26 tahun dijatuhkan hukuman penjara, disebat dan didenda hari ini (2 Ogos) atas beberapa kesalahan termasuk merompak, mencuba membakar stesen minyak dan menyara hidupnya dengan menggunakan pendapatan seorang pelacur.

Leung Shun Kit, pemandu Grab pada ketika itu, pertamanya merompak seorang lelaki yang mempunyai hutang kepada rakan subahat Leung pada Mac tahun lalu di Geylang.

Mereka mengambil barangan dan wang tunai, semuanya bernilai S$4,330. Mereka dibantu seorang lagi lelaki. Akibat perbuatan tersebut, mangsa mengalami pendarahan di hidungnya dan mengalami lebam di muka.

Beberapa bulan kemudian pada Ogos tahun lalu, Leung diberkas bersama dua lagi lelaki dan tiga wanita, oleh sekumpulan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah.

Siasatan mendapati bahawa Leung mula bekerja sebagai budak suruhan dan pemandu bagi seorang lelaki, Lim Keng Hee. Leung akan mendekati lelaki-lelaki di Geylang dan bertanya jika mereka ingin mengadakan hubungan seks bersama seorang wanita Thailand.

Lim bagaimanapun disabit dengan kesalahan berkaitan dadah pada Julai 2017. Leung kemudian mula mengurus wanita-wanita tersendirinya kerana mendapat butiran beberapa wanita itu apabila dia bekerja untuk Lim.

TUMBUK LELAKI DI GEYLANG

Pada Oktober tahun lalu, Leung menumbuk seorang warga India, 29 tahun, di Geylang, bersama lima lagi 'bapa ayam'.

Salah seorang daripada 'bapa ayam' itu menghampiri mangsa dan bertanya jika beliau ingin menggunakan khidmat seorang pelacur.

Mangsa menolak tawaran dan mereka berdua mula berkelahi. Mangsa cuba melarikan diri tetapi ditahan oleh para 'bapa ayam' lain, yang mula menumbuk muka dan badannya.

Kekecohan itu menarik perhatian Leung dan dia pun ikut sama kumpulan itu dan menumbuk muka mangsa.

Mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan para pegawai polis apabila beliau ternampak kereta polis lalu.

CUBA BAKAR STESEN MINYAK

Pada Februari tahun ini, Leung memandu kereta sewa ke Syarikat Petroleum Singapore (SPC) stesen minyak Tampines pada sekitar jam 2.00 pagi.

Leung mula geram apabila pekerja di stesen itu cuba mendapatkan penjelasan tentang jumlah harga minyak yang diiginkan Leung. Mereka mula bergaduh.

Pekerja itu masuk ke kedai serbaneka dan menunggu di dalam stor, manakala Leung mengambil botol aerosol dan pemetik api dari keretanya.

Dia menyalakan pemetik api itu dan menyembur penyegar udara, namun ia tidak terbakar dan tiada kerosakan yang terjadi di stesen minyak itu. Leung membuat bayaran bagi minyaknya dan beredar dari stesen itu sementara seorang pekerja SPC membuat aduan polis.

Leung dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan 20 bulan, serta enam sebatan hari ini. Dia didenda sebanyak S$18,000, yang mana dia akan menjalani hukuman penjara lapan minggu jika dia tidak dapat membayar jumlah tersebut.

Sumber : CNA/KN/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan