Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel, disebat gara-gara masukkan objek asing dalam tubuh teman wanita

Gara-gara marah kerana menyangka si teman wanita mencuri daripadanya, seorang lelaki secara paksa memasukkan penanda papan putih dan satu bateri silinder ke dalam badan teman wanitanya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Gara-gara marah kerana menyangka si teman wanita mencuri daripadanya, seorang lelaki secara paksa memasukkan penanda papan putih dan satu bateri silinder ke dalam badan teman wanitanya.

Ini sedang sepupu lelaki itu hanya duduk di satu sudut dan memerhatikan insiden tersebut.

Pada hari yang sama, wanita itu menjerit meminta tolong sedang dua lelaki tersebut menyerangnya di sebuah perhentian bas. Mangsa kemudian diselamatkan dan bateri itu dikeluarkan di hospital.

Pesalah berusia 32 tahun, yang tidak dapat didedahkan namanya ats perintah mahkamah, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun, tujuh bulan dan 92 hari dan 12 sebatan rotan, pada Isnin (4 Okt).

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan serangan teruk dan juga tuduhan menakut-nakutkan (orang lain), dengan lapan tuduhan lain dipertimbangkan.

Mahkamah diberitahu lelaki berkenaan diberi pengurangan
 hukuman bagi kesalahan lain yang tidak berkaitan, semasa dia melakukan jenayah terhadap temanitanya itu.

Dia tinggal di sebuah flat dengan temanita yang berusia 27 tahun itu, ibu serta sepupu yang berusia 33 tahun.

Pada pagi 19 November 2018, pesalah menuduh temanitanya mencuri beberapa barang termasuk skuter elektrik dan bank kuasa (power bank) daripada flat itu.

TERTUDUH, SEPUPU SERANG TEMAN WANITA

Apabila teman wanitanya menafikan pencurian itu, pesalah dan sepupunya menjadi marah dan mula menyerang, menampar dan menendang mangsa.

Wanita itu mengalami luka pada bahagian kepala dan bajunya terkoyak.

Mangsa tidak tahan dengan pukulan tersebut dan memberitahu pesalah bahawa dia ada S$300 dalam akaun banknya. Mereka kemudian masuk ke bilik tidur, sepatutnya untuk membersihkan darah pada wajah mangsa, tetapi pesalah sebaliknya menarik dan memotong rambut wanita itu menggunakan gunting.

Tidak lama kemudian, dia bertanya kepada wanita itu, sama ada dia ingin "memasukkan barang" ke dalam tubuh. Dia mengancam akan memukul wanita itu hingga mati jika tidak membenarkan objek asing dimasukkan ke dalam tubuhnya.

Oleh kerana takut mati, mangsa akur. Lelaki itu kemudian menanggalkan pakaian mangsa dan memasukkan penanda papan putih serta bateri silinder ke dalam dubur wanita itu, dengan tujuan untuk menyeksa mangsa secara seksual, menurut dokumen mahkamah.

Lelaki itu, bersama sepupunya dan waniat itu kemudian pergi ke cawangan bank berhampiran bagi mangsa mengeluarkan wang sebagai ganti rugi kepada pesalah.

Kira-kira pukul 2.45 petang, kedua-dua lelaki itu mendapati akaun bank mangsa kosong. Mereka mula memukulnya di perhentian bas berhampiran dengan menumbuk, menendang dan menamparnya.

Pesalah dengan paksa merenggut jaket mangsa, mendedahkan baju dalamnya dan mangsa menjerit meminta tolong. Seorang wanita yang menaiki kereta dan melalui kawasan itu kemudian menghubungi polis dan meminta suaminya membunyikan hon ke arah kedua-dua lelaki itu.

Kedua-dua lelaki itu kemudian diberkas, sementara mangsa dikejarkan ke hospital dengan kecederaan termasuk luka sepanjang 4 sentimeter pada bahagian kepala, lebam pada kulit kepala dan satu objek asing dalam tubuhnya yang dikeluarkan di unit kecemasan.

Dia dirawat di hospital selama tiga hari.

Secara berasingan, pesalah mengaku salah atas satu tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapa saudaranya. Dia marah terhadap saudaranya itu kerana menganggap mereka mendesak ibunya supaya mendapatkan khidmat peguam berhubung penjualan hartanah milik seorang saudara yang sudah meninggal dunia.

Atas sebab itu, pesalah menghantar ancaman di Facebook kepada bapa saudaranya pada 20 Julai 2018. Dia memuat naik gambar dua pisau lipat, dengan kapsyen yang, apabila diterjemahkan, berbunyi: "Mari kita lakukan perkara buruk dengan tangan aku...sekurang-kurangnya aku puas...kau mati aku mati... kau sombong kau mati ".

Bapa saudaranya terkejut dan membuat aduan polis. Pesalah didakwa di mahkamah atas kesalahan itu dan sedang dalam tempoh ikat jamin semasa dia melakukan serangan terhadap teman wanitanya.

Sepupu pesalah itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana pembabitannya dalam memukul mangsa. 

Sumber : CNA/RB/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan