Skip to main content

Singapura

Lelaki dijel cuba racun minuman anak saudara dengan ubat serangga

Seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu runcit di cawangan pasar raya FairPrice Hypermarket dikenakan hukuman penjara enam bulan hari ini (5 Dis) kerana cuba meracun minuman anak saudaranya dengan racun serangga yang dicuri.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel cuba racun minuman anak saudara dengan ubat serangga

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 05 Dec 2019 08:10PM Dikemas Kini : 05 Dec 2019 08:15PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu runcit di cawangan pasar raya FairPrice Hypermarket dikenakan hukuman penjara enam bulan hari ini (5 Dis) kerana cuba meracun minuman anak saudaranya dengan racun serangga yang dicuri.

Nithye Kumeren Alagapan, 26 tahun, seorang warga Malaysia, berasa marah terhadap anak saudaranya, juga seorang pekerja FairPrice yang memarahinya kerana tidur di dalam tandas semasa waktu bekerja.

Nithye mengaku bersalah atas satu tuduhan cuba meletakkan racun dengan niat menyebabkan kecederaan. Dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, dan denda atau sebatan.

Satu lagi tuduhan mencuri diambil kira dalam menentukan hukuman.

Mahkamah diberitahu kedua-dua Nithye dan mangsa, yang berusia 20 tahun bekerja di cawangan pasar raya FairPrice Hypermarket di pusat beli-belah Nex di Serangoon.

Pada kira-kira pukul 1.30 pagi pada 15 Jun, setelah memarahi Nithye, anak saudaranya meninggalkan sebuah karton susu coklat di atas meja dalam bilik persediaan pasar raya itu lalu pergi untuk waktu rehat.

10 minit kemudian, Nithye mengambil botol racun serangga jenama Horti On dari salah satu rak pasar raya berkenaan.

Nithye memasuki bilik itu dan menuang sedikit racun terssbut ke dalam karton susu dan membuang bakinya ke dalam tong sampah.

Anak saudaranya hampir minum karton susu itu namun tidak berbuat demikian setelah terhidu "sesuatu yang toksik" di dalamnya.

Beliau membuat aduan polis tiga hari kemudian di Balai Polis Kejiranan Serangoon.

Menurut laporan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA), racun serangga itu - malathion - bertindak sebagai "racun manusia apabila ia dimakan dan menerusi sentuhan kulit."

Nithye yang berasal dari Perak, bekerja di Singapura sejak 2014 bagi membantu membayar hutang bapanya yang berjumlah RM40,000 (S$13,061), kata peguam Nithye.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita