Skip to main content

Singapura

Lelaki dijel campak burger, tumbuk pemandu teksi ketika mabuk di Northpoint City

Seorang lelaki yang dalam keadaan mabuk menaiki teksi di Northpoint City sambil memakan burger dan memberitahu pemandu destinasi yang ingin ditujunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel campak burger, tumbuk pemandu teksi ketika mabuk di Northpoint City

Salem Mohammad Iskandar di luar mahkamah. (Gambar: TODAYonline)

Diterbitkan : 29 Oct 2021 07:49AM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 07:52AM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang dalam keadaan mabuk menaiki teksi di Northpoint City sambil memakan burger dan memberitahu pemandu destinasi yang ingin ditujunya.

Apabila pemandu teksi itu tidak mendengar suara lelaki berkenaan dengan jelas dan bertanya sekali lagi, lelaki tersebut naik berang, memaki pemandu tersebut dan mencampakkan burger ke arahnya sebelum menumbuk muka mangsa.

Salem Mohammad Iskandar, 34 tahun, dijatuhi hukuman penjara sembilan minggu pada Khamis (28 Okt) atas kesalahan-kesalahan daripada insiden itu serta satu lagi insiden berasingan di sebuah premis minuman keras tiga tahun lalu.

Dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan sengaja mencederakan, menipu dan bertindak melulu. Lagi tiga tuduhan diambil kita ketika menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Salem menahan teksi itu sekitar pukul 3.30 pagi pada 14 Mac tahun ini di Yishun Avenue 2. Dia dalam keadaan mabuk sewaktu memasuki teksi di depan cawangan McDonald's di Northpoint City.

Selepas dia menaiki teksi, pemandu teksi berusia 65 tahun itu bertanya kepada Salem destinasi yang ingin ditujunya.

Oleh sebab Salem sedang makan burger ketika menjawab pertanyaannya itu, pemandu teksi tersebut tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Beliau bertanya sekali lagi lantas membuat Salem berang. Dia mula menghamburkan kata-kata kesat terhadap pemandu itu sebelum mencampak burger tersebut ke arah mangsa dan memukul mangsa pada bahagian dada.

Salem kemudian menggenggam kolar pemandu itu dan menumbuk bahagian berdekatan matanya menyebabkan muka mangsa lebam. Seorang pejalan kaki berusia 23 tahun terdengar apa yang sedang berlaku dan terus memeriksa pemandu teksi itu.

Beliau menelefon polis dan para pegawai tiba tidak lama kemudian. Para pegawai mengesan bau kuat minuman arak pada di Salem dan dia bertindak secara kasar terhadap pejalan kaki itu, menyerangnya beberapa kali, memerlukan para pegawai polis untuk campur tangan.

Dia diberkas selepas gagal menghentikan tindakannya itu.

Salem juga mengaku bersalah atas tuduhan berasingan kerana menipu sewaktu satu insiden pada Disember 2018 di Pub Titanium di Tanglin Road.

Sewaktu mengemukakan rayuan, Salem memohon diringankan hukumannya sambil berkata: "Saya menyesal atas apa yang saya sudah lakukan."

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita