Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel cabul kehormatan 6 gadis di Kompleks Renang Hougang

Seorang lelaki yang mencabul kehormatan enam budak perempuan di Kompleks Renang Hougang dijatuhi hukuman penjara 20 minggu pada Rabu (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel cabul kehormatan 6 gadis di Kompleks Renang Hougang

(Gambar: ActiveSG)

Diterbitkan : 03 Jul 2019 08:02PM Dikemas Kini : 03 Jul 2019 08:20PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mencabul kehormatan enam budak perempuan di Kompleks Renang Hougang dijatuhi hukuman penjara 20 minggu pada Rabu (3 Jul).

Warga India, Job Mathew Pankkal, 37 tahun berada di dalam kolam renang pada petang 12 Sep tahun lalu apabila dia menyentuh budak-budak tersebut yang berusia antara 10 hingga 13 tahun.

Menurut laporan polis yang difailkan oleh pekerja sosial, Job mengekori mereka dengan berenang lebih cepat meskipun mereka cuba berenang jauh darinya.

Job, yang bekerja di Singapura sebagai jurutera infrastruktur, mengaku bersalah atas tiga tuduhan mencabul kehormatan gadis bawah umur, dengan empat lagi tuduhan diambil pertimbangan. Dia mencabul kehormatan salah seorang mangsanya sebanyak dua kali.

Salah seorang mangsa, yang berusia 13 tahun, berada dalam kolam renang apabila dia melihat Job berenang dengan cepat di sebelah kanannya lalu menyentuh paha kanannya.

Remaja itu segera berenang lebih cepat, tetapi Job terus mengekorinya sehingga dia berenang dengan para perenang lain.

Mangsa paling muda, yang berusia 10 tahun, rasa dua jari di bahagian paha kirinya dan ternampak Job. Oleh kerana berasa "mual dan marah", dia pergi ke hujung kolam renang dan memberitahu guru renangnya mengenai apa yang berlaku, menurut dokumen-dokumen mahkamah.

Mangsa yang berusia 12 tahun pula disentuh pada bahagian punggungnya apabila Job berenang bersebelahannya.

Dia juga segera memberitahu perkara itu kepada jurulatih renangnya.

Atas kesalahan mencabul kehormatan budak bawah umur, Job boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda, dirotan atau gabungan hukuman tersebut. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan