Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 7 bulan; ugut hakim kerana tolak cabaran terhadap Seksyen 377A

Lelaki dijel 7 bulan; ugut hakim kerana tolak cabaran terhadap Seksyen 377A.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel 7 bulan; ugut hakim kerana tolak cabaran terhadap Seksyen 377A

Acara Pink Dot pada 2019. (Gambar: Cindy Co)

Diterbitkan : 22 Apr 2021 02:18PM Dikemas Kini : 22 Apr 2021 02:20PM

SINGAPURA: Seorang lelaki hari ini (22 Apr) dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan atas kesalahan membuat beberapa ancaman di media sosial terhadap seorang hakim yang menolak cabarannya terhadap undang-undang yang menjadikannya sebagai satu jenayah di sisi undang-undang untuk mengadakan hubungan seks sesama lelaki.

Pada bulan lalu Muhammad Hanif Mohamed Huzairi, 31 tahun, mengaku bersalah atas dua tuduhan menghasut ke arah keganasan dan satu tuduhan mengugut pegawai perkhidmatan awam. Lagi dua tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Hakim See Kee Oon mempertahankan keputusannya pada 30 Mac lalu bahawa Seksyen 377A Kanun Jenayah adalah mengikut perlembagaan negara selepas tiga lelaki mencabarnya.

Selepas membuat keputusan itu, pertubuhan yang memperjuangkan LGBT, Pink Dot SG, mengeluarkan kenyataan di laman Instagram yang menyuarakan rasa kecewanya.

Hanif, yang mengikuti perkembangan kes itu, berasa sangat marah dan kecewa apabila mendapat tahu bahawa cabaran tersebut ditolak.

Dia berasa bahawa hakim-hakim sedia ada "perlu diganti", mahkamah diberitahu demikian.

Pada pukul 4.02 petang pada 30 Mac 2020, dia memuat naik catatan ke akaun Instagram dan menyatakan: "To the deadass boomer of a judge who dismissed the challenges against S377A, you better f****** watch out!!" (Kepada hakim tua yang menolak usaha mencabar S377A, anda perlu berjaga-jaga!!)

Dia kemudian meninggalkan komen pada catatan Pink Dot SG di akaun Instagramnya yang berbunyi: "Time to hunt down the oppressive judges, who basically maintained the legalisation of discrimination against us, and make them pay the ultimate price." (Masa untuk memburu hakim-hakim penindas, yang hanya menegakkan undang-undang diskriminasi terhadap kita dan pastikan mereka terima padahnya).

Kemudian, dia memuat naik satu lagi catatan Instagram yang berbunyi: "Can we please torture the corrupted judges until they f****** crumble & repeal S377A on the spot!? Pretty please, I'd love to personally torture them to their breaking point.." (Boleh tidak kita seksa hakim-hakim yang makan rasuah itu sehingga mereka tumpas dan segera mansuhkan S377A!? Tolonglah, saya sendiri mahu menyeksa mereka sehingga mereka lentur).

Pihak pendakwa meminta agar Hanif dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh bulan, sambil menyatakan sistem kehakiman "harus dilindungi" dan sebarang rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah, tidak kira sejauh mana ia menimbulkan kontroversi, ia perlu disuarakan dengan cara hormat dan proses mencabar keputusan mahkamah perlu dibuat menerusi saluran undang-undang yang betul".

Mereka menambah Hanif menghina Hakim See, seorang anggota kanan kehakiman, dengan menyifatkan beliau sebagai "deadass boomer" dan menuduh beliau membenarkan diskriminasi.

Bagi kesalahan menghasut keganasan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan mengancam pegawai perkhidmatan awam, dia boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan