Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 22 tahun; dera anak saudara isteri secara seksual selama 4 tahun sejak tadika

Dia mula menyasarkan anak saudaranya sejak budak lelaki itu masih berumur lima tahun lagi dan mula melakukan perbuatan seksual terhadap mangsa selama lima tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel 22 tahun; dera anak saudara isteri secara seksual selama 4 tahun sejak tadika

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 07 Sep 2020 06:28PM Dikemas Kini : 07 Sep 2020 06:30PM

SINGAPURA: Dia mula menyasarkan anak saudaranya sejak budak lelaki itu masih berumur lima tahun lagi dan mula melakukan perbuatan seksual terhadap mangsa selama lima tahun.

Perbuatan lelaki itu diketahui empat tahun kemudian pada 2018 apabila mangsa ditangkap mengambil video bawah skirt semasa Menengah 1.

Ketika satu sesi kaunseling, budak lelaki itu menangis dan memberitahu kaunselor bahawa dia dianiaya secara seksual oleh pakciknya sendiri.

Pada Selasa (7 Sep), lelaki berusi 54 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 22 tahun di Mahkamah Tinggi.

Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan, setiap satu atas serangan seksual teruk dengan melakukan perbuatan seksual dan percubaan membuat serangan seksual. Tujuh lagi tuduhan serupa - termasuk penganiayaan seksual yang teruk - turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Isteri lelaki itu adalah makcik kepada budak lelaki berkenaan dari sebelah keluarga ibunya. Pasangan itu kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 13 tahun.

Kedua-dua lelaki itu dan mangsa tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah demi melindungi identiti mangsa.

APA SEBENARNYA BERLAKU

Mahkamah diberitahu ibu bapa kandung budak lelaki berkenaan sudah bercerai semasa dia dilahirkan dan dia dijaga oleh neneknya.  

Tertuduh dan isterinya tinggal bersama nenek itu di sebuah flat empat bilik. Pasangan tersebut tidur di bilik tidur utama sementara budak lelaki itu tidur di ruang tamu bersama anak lelaki mereka dan nenek berkenaan.

Mangsa melayan dan menganggap pakciknya itu ibarat ayahnya sendiri.

Tertuduh, yang bekerja sebagai seorang teknisyen ketika itu, mula mengambil kesempatan secara seksual pada 2010 dengan pertama kali menyentuh punggung mangsa.

Oleh kerana mangsa tidak tahu perkara itu salah, dia hanya mentertawakan tindakan itu kerana berfikir bahawa pakciknya sekadar bergurau, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Gregory Gan memberitahu mahkamah.

Mulai dari situ, lelaki itu menyentuh punggung anak saudaranya lebih kerap lagi apabila mereka tinggal berdua-duaan.

Apabila budak lelaki itu melangkah ke sekolah rendah, tertuduh menjadi lebih berani dan mula menggosok alat kelaminnya pada bahagian sulit mangsa.

Dia bahkan cuba meliwat mangsa.

Mangsa menyedari tindakan pakciknya itu salah selepas menghadiri kelas-kelas pendidikan seks pada 2017 semasa di Menengah 1.

Pada 20 Ogos 2018, dia dirujukkan kepada kaunselor sekolah setelah ditangkap merakam video bawah skirt seseorang.

Dia menangis semasa sesi bersama kaunselor itu dan membuka mulut tentang penderaan yang dilaluinya.

Kaunselor itu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan sekolah dan mereka menghubungi polis.

Seorang ahli psikiatri yang kemudian menilai budak lelaki itu menulis dalam laporannya bahawa dia berasa tertekan semasa menggambarkan butiran mengenai penderaan tersebut.

Dia juga mengalami beberapa simptom tekanan pasca trauma pada 2018 yang beransur baik sedari itu.

DPP Gan berkata: "Laporan psikiatri mendedahkan selanjutnya bahawa mangsa berasa marah terhadap tertuduh berhubung penderaan seksual tetapi dia juga berasa bersalah terhadap anak tertuduh atas tekanan disebabkan oleh insiden itu - iaitu melaporkan penderaan seksual tersebut."

Bagi serangan seksual dengan mengadakan hubungan seks ke atas budak bawah umur 14 tahun, lelaki itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan rotan. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan