Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 2 tahun; cabul kehormatan, rakam kanak-kanak dalam tandas awam

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki dihukum penjara selama 23 bulan dan empat minggu dan tiga sebatan rotan pada Selasa (29 Mac) kerana mencabul kehormatan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di dalam bilik mandi dan merakam video kanak-kanak lelaki dalam tandas di pelbagai lokasi. 

Neo Cheok Leong, 47 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan mencabul kehormatan dan sembilan tuduhan membuat filem lucah. 

Lagi 42 tuduhan, kebanyakannya kerana membuat filem lucah, turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman. 

Identiti mangsa berusia 11 tahun itu tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah. 

Mahkamah diberitahu bahawa Neo, seorang jurutera, berkenalan dengan budak lelaki itu menerusi YouTube pada 2017. Mereka menjadi rapat kerana kedua-duanya menggemari muzik. 

Pada 13 September 2017, Neo mempelawa mangsa dan seorang lagi, yang namanya dipadam daripada dokumen mahkamah, berenang di Kompleks Kolam Renang Toa Payoh. 

Mereka selesai berenang pada waktu petang. Mereka kemudian pergi mandi di tandas lelaki. Neo menyarankan untuk mandi di bilik mandi yang sama dengan mangsa, yang bersetuju untuk berbuat demikian kerana bilik-bilik mandi yang lain penuh sesak.

Apabila mereka berada di bilik mandi itu, Neo kemudian menutup pintu. Mangsa berkata dia boleh mandi sendiri tetapi Neo membalas: "Tidak mengapa lah. Mandi dengan saya saja. Saya takkan buat apa-apa pada anda lah."

Mangsa kemudian menanggalkan seluar renangnya dan mula mandi. Neo juga menanggalkan pakaiannya. Semasa sedang mandi, Neo tiba-tiba memeluk mangsa dari belakang, lalu mencium dan mencabul kehormatannya. 

Antara 2017 hingga 2018, Neo juga merakam sebanyak 49 video kanak-kanak lelaki dalam tandas. Video-video tersebut dirakam di pelbagai lokasi, termasuk kemudahan HomeTeamNS di Bukit Batok dan Sembawang, Pantai Siloso dan kompleks-kompleks renang yang lain. Salah satu video dirakam di Jepun. 

Neo tidak mengenali budak lelaki dalam video-video yang dirakam itu, yang menunjukkan kemaluan dan punggung mereka terdedah. Sesetengah video juga menunjukkan Neo telanjang. 

Polis diberitahu mengenai kesalahan-kesalahan tersebut pada petang 18 Ogos 2018 apabila ia menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang cuba mengambil gambar seorang individu yang sedang mandi di HomeTemNS Sembawang. 

Apabila polis tiba dan menyoal siasat Neo, dia mengaku telah merakam seseorang mandi di bilik mandi itu. 

Telefonnya dirampas dan siasatan forensik menunjukkan sembilan video kanak-kanak lelaki sedang mandi. Video-video itu dirakam di tandas lelaki di Pantai Siloso antara Januari 2017 dengan Februari 2018. 

Pihak pendakwa mengusulkan hukuman penjara selama 25 bulan dan tiga hingga empat sebatan rotan sambil menekankan bahawa mangsa sangat terdedah memandangkan usianya yang masih muda.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan