Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 2 bulan, upah orang ambil ujian teori

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bimbang dia akan gagal ujian teori asasnya bagi mendapatkan lesen memandu, Goh Ah Hock, mengupah orang lain menduduki tempatnya untuk mengambil ujian tersebut. 

Taktik lelaki Malaysia itu terbocor apabila seorang pegawai ujian menyuruh lelaki yang mengambil ujian berkenaan bagi pihak Goh untuk menanggalkan pelitupnya. Pegawai itu menyedari muka penyamar itu berbeza dengan gambar di permit kerja Goh. 

Goh, 52 tahun, pada Khamis (22 Sep) dikenakan hukuman penjara dua bulan selepas mengaku bersalah bersubahat menipu dengan penyamaran oleh Zhang Zhongliang, yang diupah untuk menduduki ujian teori itu. 

Insiden berkenaan berlaku di Pusat Memandu Keselamatan Singapura (SSDC) di 2 Woodlands Industrial Park E4 pada Jun. 

Pada 21 Julai, Zhang, warga China berusia 28 tahun, dikenakan hukuman penjara dua bulan atas kesalahan cuba menipu. 

Atas kesalahan menipu dengan menyamar, Zhang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan