Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 18 bulan & 3 sebatan; cabul kehormatan, rakam video adik ipar tanpa izin

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel 18 bulan & 3 sebatan; cabul kehormatan, rakam video adik ipar tanpa izin

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 28 Jan 2022 07:01PM Dikemas Kini : 29 Jan 2022 07:02AM

SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dan rotan pada Jumaat (28 Jan) kerana mencabul kehormatan adik iparnya dan merakam video mangsa tanpa izin selepas meminum minuman keras di rumahnya.

Nama lelaki berusia 33 tahun itu tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah bagi melindungi identiti mangsa. Lelaki tersebut dihukum penjara selama 18 bulan dan tiga sebatan rotan.

Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan, iaitu mencabul kehormatan dan sengaja merakam mangsa tanpa izin. Dua lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Pada malam 2 Jan tahun lalu, mangsa, suami mangsa dan saudara lelaki kepada suami mangsa pergi ke rumah tertuduh untuk meminum minuman keras.

Tertuduh meletakkan telefon bimbitnya di dalam tandas untuk merakam wanita tersebut. Dia berjaya merakam dua video ketika mangsa sedang berada di dalam tandas tersebut selepas pukul 3.00 pagi pada 3 Jan 2021.

Dia mengambil kembali telefon bimbitnya dan merakam bawah seluar pendek mangsa semasa mangsa berada di ruang tamu. Dia kemudian berkata bahawa dia berbuat demikian kerana ia "memberikannya keseronokan".

Perjumpaan itu berlarutan sehingga 4.00 pagi. Isteri tertuduh memanggil valet untuk membawa mangsa dan suaminya pulang, tetapi tertuduh menawarkan untuk menemani mereka pulang.

Tertuduh sekali lagi meletakkan telefon bimbitnya di tandas bilik tidur utama rumah mangsa untuk merakamnya.

Tertuduh terjaga dari tidur selepas tendengar suara mangsa muntah di tandas bilik tidur utama. Dia masuk ke dalam tandas itu dan ternampak mangsa hanya memakai pakaian dalam.

Dia mengambil telefon bimbitnya selepas mangsa keluar daripada tandas lalu tidur di atas katil.

Tertuduh kemudian mencabul kehormatan mangsa sewaktu mangsa sedang tidur dan menanggalkan pakaian mangsa untuk merakam video.

Suami mangsa kemudian bersemuka dengan tertuduh dan menemui beberapa rakaman isterinya di telefon bimbit tertuduh.

Pesalah menyerahkan diri kepada polis pada lewat hari itu selepas isterinya menyuruhnya berbuat demikian. Mangsa juga membuat aduan polis.

Pendakwa raya mengusulkan hukuman penjara selama sekurang-kurangnya 19 bulan dan tiga sebatan rotan sambil merujuk kepada cara kesalahan itu dilakukan dengan begitu berani, mencemari amanah dan mengambil kesempatan daripada kelemahan mangsa yang sedang mabuk ketika itu.

Tertuduh dibenarkan memulakan hukuman penjara pada 22 Februari.

Atas kesalahan mencabul kehormatan, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, dirotan, atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Hukuman yang sama juga boleh dikenakan terhadap kesalahan sengaja merakam seseorang tanpa izin.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan