Lelaki dijel 15 minggu gara-gara buang 13 botol bir dari flat tingkat tujuh
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama 15 minggu pada Selasa (13 Dis) kerana membuang 13 botol bir dari flatnya di tingkat tujuh sepanjang tempoh selama beberapa bulan.
Lim Lye Choon, 58 tahun, berkata dia berbuat demikian kerana dia mempunyai masalah kesihatan yang menjejas tangannya dan mendapati sukar untuk membuang botol kaca menerusi cerobong sampah setelah flatnya diubah elok di bawah Program Peningkatan Rumah (HIP) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan tindakan terburu-buru yang membahayakan keselamatan orang lain dengan membuang botol-botol bir dari flatnya di Jurong West.
Mahkamah diberitahu bahawa Lim, seorang pekerja pembersihan, membuang botol-botol bir di Blok 524, Jurong West Street 52 sebanyak 13 kali antara Februari hingga April tahun ini.
Pada 17 Februari lalu, seorang individu membuat aduan polis yang mengatakan bahawa botol-botol bir dibuang dari salah satu tingkat di estet tersebut.
Individu tersebut sedang berdiri di bawah laluan pejalan kaki berbumbung sementara menunggu pengangkutan ke tempat kerja pada waktu pagi apabila sebuah botol kaca dibuang dari tempat tinggi.
Botol itu hancur berkecai apabila mencecah lantai.
Seorang lagi jiran tertuduh turut berkongsi tentang botol kaca yang dibuang dari unit di atas flatnya sebanyak tujuh kali.
Menurut pihak pendakwa, identiti Lim dikenal pasti dengan kerjasama pihak polis dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang dijalankan secara menyeluruh, dengan bantuan daripada rakaman kamera pengawasan.
Lim mengaku membuang botol-botol kaca tersebut dari flatnya apabila disoal siasat oleh pihak polis.
Lim mendakwa bahawa dia membuang botol-botol kaca itu kerana mengalami kesukaran fizikal untuk membuka tong sampah yang terletak di bawah singki rumahnya, dengan menggunakan sebelah tangan sambil membuang botol-botol itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.