Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 13 minggu, ludah bebola 'bubble tea' ke arah 5 pelajar & curi bateri e-basikal

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Berasa bosan dan mahu menghiburkan hatinya, Toh Jun Sheng, 25 tahun, memutuskan untuk meludahkan bebola 'bubble tea' ke arah lima pelajar sekolah menengah, tindakan yang disifatkan oleh hakim sebagai "sangat memalukan".

Toh yang kini berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara 13 minggu dan didenda S$3,000 selepas mengaku bersalah pada Isnin (14 Nov) atas dua tuduhan kekerasan jenayah dan tiga tuduhan yang tidak berkaitan.

Lima lagi tuduhan turut diambil kira.

APA TERJADI

Pada 9 Mac 2021, sekitar pukul 5.50 petang, dua pelajar sekolah menengah perempuan berumur 14 dan 15 tahun berjalan di Victoria Street.

Pada masa itu, Toh sedang menunggang basikal elektriknya di kawasan yang sama dan memekik "Hoi" apabila dia mendekati mereka.

Toh melepasi dua remaja itu dan meludahkan bebola 'bubble tea' ke arah mereka.

Timbalan Pendakwa Raya, Dan Pan berkata: "(Mereka) tidak melakukan apa-apa yang boleh menimbulkan provokasi terhadap tertuduh."

Pada petang yang sama, dia meludah beberapa bebola 'bubble tea' ke arah tiga pelajar sekolah menengah lain yang berada berhampiran Victoria Street.

Para pelajar itu melaporkan kejadian kepada guru mereka yang kemudian membuat laporan polis.

Toh mengaku bersalah atas dua tuduhan mencuri dan satu tuduhan perbuatan nakal.

Dia mencuri sebiji bateri basikal elektronik pada 18 Mei 2021 dan dua lagi pada 21 Mei 2021 daripada orang yang sama.

Dalam insiden berasingan, dia bekerjasama dengan seorang individu untuk memotong brek depan dan belakang dua basikal milik lelaki lain.

Menurut dokumen mahkamah, Toh bekerja sebagai penghantar makanan pada masa itu.


Ketika menyampaikan hukuman, Hakim Daerah Eugene Teo menyifatkan tindakan Toh meludahkan bebola 'bubble tea' ke arah para pelajar "sangat memalukan dan tidak kelakar".

Atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah, Toh boleh dipenjara sehingga tiga bulan, atau didenda sehingga S$1,500 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan