Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 12 minggu; ugut isteri dengan pisau cincang & serang anak kurang upaya

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel 12 minggu; ugut isteri dengan pisau cincang & serang anak kurang upaya

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 28 Apr 2022 02:43PM Dikemas Kini : 28 Apr 2022 03:36PM

SINGAPURA: Selama berbulan-bulan, Toh Tian Hoe mengugut dan melakukan keganasan fizikal terhadap dua ahli keluarganya sekalipun sudah diperintahkan oleh mahkamah supaya berhenti berbuat demikian.

Dalam salah satu kejadian, dia mengacukan pisau cincang pada leher isterinya dan berkata: "Aku mahu bunuh engkau."

Pada Rabu (27 April), lelaki berusia 62 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama 12 minggu. Hukumannya diundurkan ke tarikh dia pertama kali diberkas pada 7 Mac.

Warga Singapura itu mengaku bersalah di mahkamah daerah atas tiga tuduhan melanggar Perintah Perlindungan Peribadi (PPO), dua tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan satu tuduhan ugutan jenayah.

Lagi enam tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Toh menjadikan isterinya, 42 tahun, sebagai mangsa serangannya termasuk anak sulung mereka, 21, yang kurang daya penglihatan dan pendengaran.

Kerana melanggar Perintah Perlindungan Peribadi (PPO), Toh boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya sekali.

Kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Sesiapa saja yang disabitkan dengan ugutan jenayah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-dua hukuman tersebut.

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan