Lelaki dihukum penjara kerana dera bayi gara-gara berang dengan tangisannya
Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Negara Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan pada Selasa (18 Ogos) kerana mendera anak perempuannya yang masih bayi selepas berang dengan tangisan mangsa.
Lelaki berusia 35 tahun itu mengaku bersalah atas dua tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak.
Tujuh lagi tuduhan serupa diambil kira dalam menjatuhkan hukuman, termasuk kesalahan melibatkan seorang lagi anak perempuannya yang setahun lebih tua daripada mangsa.
Identiti lelaki itu tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.
PENDERAAN DIRAKAM KAMERA
Sebahagian perbuatan lelaki itu dirakam kamera yang diaktifkan melalui pergerakan di sebuah bilik yang turut menempatkan katil bayi mangsa.
Pada 2 Julai 2024, lelaki itu sedang bekerja di bilik tersebut sekitar 9.00 malam apabila anak perempuannya yang ketika itu berusia sembilan bulan terjaga dan mula menangis.
Berang dengan tangisan mangsa, lelaki itu menyuluh lampu daripada telefon bimbitnya ke muka bayi tersebut, membaringkannya dan menjerit supaya dia diam.
Dia kemudian memukul bantal di dalam katil bayi sehingga mangsa menangis dengan lebih kuat sebelum melempar bantal tersebut ke muka mangsa.
Apabila bayi itu terus menangis, lelaki tersebut memiringkan badan bayi itu dan menampar punggungnya sebanyak sembilan kali.
Pada 29 November 2024, lelaki itu sekali lagi naik berang apabila anaknya menangis ketika dia sedang bekerja.
Dia memukul punggung mangsa sebelum mengangkat dan melemparkannya ke atas tilam katil bayi.
Mangsa terus menangis dan menggunakan tangannya untuk mengusap bahagian punggung yang sakit.
Isteri kepada lelaki tersebut ketika itu membuat aduan polis pada 30 Disember 2024. Pasangan tersebut sudah bercerai.
PIHAK PENDAKWA MOHON PENJARA 12 BULAN
Pihak pendakwa memohon hukuman penjara 12 bulan dengan mengambil kira tahap kekerasan yang digunakan terhadap mangsa serta keadaannya yang terdedah kepada bahaya.
Timbalan Pendakwa Raya Vishnu Menon turut berkata lelaki itu mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai seorang bapa.
Peguam bela lelaki tersebut pula memohon hukuman penjara tidak melebihi lapan hingga sembilan bulan.
Mereka berkata anak guam mereka mengalami tekanan di tempat kerja dan perlu bersedia untuk bertugas pada waktu yang tidak menentu sehingga menjejas waktu tidurnya.
Menurut pihak pembela, lelaki itu juga mengalami gangguan kemurungan serius yang dinilai sebagai faktor penyumbang kecil hingga sederhana kepada kesalahannya.
Lelaki tersebut tidak bertemu anak-anak perempuannya selama lebih 18 bulan. Selepas perceraian pasangan itu pada Disember 2025, kedua-dua kanak-kanak berkenaan kekal di bawah jagaan ibu mereka.
Atas kesalahan menganiaya mangsa, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga lapan tahun, didenda sehingga S$8,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.