Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dihukum penjara kerana cuba rompak kedai serbaneka; sanggup pakai baju isteri untuk elak dikesan

Sambil memakai pakaian hitam isterinya untuk mengelakkan identitinya dikenali, seorang lelaki mengacukan pisau dapur pada muka juruwang berusia 74 tahun dalam percubaan untuk merompak sebuah kedai serbaneka.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sambil memakai pakaian hitam isterinya untuk mengelakkan identitinya dikenali, seorang lelaki mengacukan pisau dapur pada muka juruwang berusia 74 tahun dalam percubaan untuk merompak sebuah kedai serbaneka.

Mahmoud Abdeltawwab Riad Abdelhak, 39 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun enam bulan dan enam sebatan pada Selasa (23 April) selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan cuba merompak dan satu tuduhan mencuri.

Ketika Mahmoud masih diikat jamin, dia memasuki kedai itu yang beroperasi 24 jam di Toa Payoh pada 15 Julai 2023 memakai baju isterinya, tudung berwarna hitam, sarung tangan berwarna kelabu dan topeng berwarna hitam.

Dia berpakaian sedemikian dan membawa sebilah pisau dengan niat untuk merompak kedai tersebut tanpa dikenal pasti.

Jurujual berusia 74 tahun itu sedang membaca surat khabar apabila Mahmoud memasuki kedai tersebut sekitar pukul 1.22 pagi.

Mahmoud menghampiri jurujual itu lalu mengacukan pisau ke arah mukanya sambil berkata: "Jangan menjerit".

Jurujual itu yang berasa terkejut dan takut, berdiri lalu pusing ke belakang sebelum beliau menjerit apabila melihat Mahmoud.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Mahmoud sedang mengacu pisau ke arah muka jurujual tersebut.

Ketika dia mengarahkan wanita itu supaya menyerahkan kesemua wang dalam mesin daftar tunai, dia mula gugup disebabkan oleh jeritan wanita itu lalu melarikan diri daripada kedai tersebut.

Untuk mengelakkan daripada dikesan, dia membuang pakaian isterinya dan pisau ke dalam dua tong sampah ketika dalam perjalanan ke rumahnya.

Pemilik kedai itu menghubungi polis selepas melihat rakaman CCTV pada keesokan paginya dan Mahmoud diberkas pada hari yang sama.
Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan