Lelaki dihukum penjara kerana cetus kebakaran maut libatkan bateri PMD
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun yang menyebabkan kebakaran maut, dengan menggunakan peranti yang tidak serasi untuk mengecas bateri peranti mobiliti peribadi (PMD), dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan pada Rabu (28 Jan).
Dalam menjatuhkan hukuman yang lebih lama daripada yang diminta oleh pihak pendakwa, hakim berkata kecuaian pesalah itu menyebabkan "akibat yang membawa kemusnahan" dan dia menunjukkan "ketidakpedulian" terhadap risiko keselamatan dan "mengabaikan sepenuhnya" keselamatan penghuni rumah.
Putra Nur Iman Muhammad Danial Zhang, seorang rakyat Singapura, mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian melalui perbuatan cuai, dengan menggunakan pengecas yang tidak serasi dengan bateri PMD miliknya.
Ketiga-tiga komponen - PMD, bateri dan pengecas - diperoleh dari sumber yang berbeza dan Putra tidak membuat sebarang pemeriksaan terhadap keadaan, spesifikasi, atau keserasiannya, menurut mahkamah.
KES
Putra berusia 18 tahun pada masa kesalahan itu dan merupakan seorang penuntut yang membuat penghantaran secara sambilan.
Dia tinggal di sebuah flat tiga bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di New Upper Changi Road bersama beberapa orang saudaranya, termasuk seorang bapa saudara dan tunang bapa saudaranya, yang meninggal dunia akibat kebakaran tersebut.
Pasangan itu mempunyai seorang bayi yang berusia satu tahun pada waktu itu.
Sebelum Mac 2022, Putra membuat penghantaran dengan basikal biasa. Walau bagaimanapun, dia menjadi penat dan ingin mendapatkan skuter elektrik.
Dia membeli skuter elektrik terpakai jenama FIIDO daripada seorang penjual yang tidak dikenali. Ia tidak didaftarkan dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada masa itu seperti yang diperlukan dan tidak mematuhi peraturan.
Putra tahu ia tidak berdaftar dan tidak memeriksa sama ada ia mematuhi peraturan.
Oleh kerana skuter elektrik itu tidak mempunyai bateri, dia membeli bateri menerusi Carousell dengan harga S$290.
Apabila Putra membeli bateri itu, dia mendapati bahawa ia tidak disertakan dengan pengecas. Dia tidak bertanyakan tentang keserasiannya dengan pengecas lain atau sama ada ia baharu atau terpakai.
Dia bersetuju untuk membelinya kerana ia paling murah di Carousell, menurut pendakwa raya.
Pada masa itu, bapa saudaranya juga berulang kali menasihatinya untuk hanya membeli skuter elektrik yang berdaftar dengan LTA.
DIA MENGECAS BATERI UNTUK KALI PERTAMA
Pada 9 Mac 2022, Putra mengecas bateri tersebut untuk kali pertama. Dia menggunakan pengecas bateri PMD yang dipinjam daripada seorang rakan.
Pengecas itu tidak berdaftar dengan Enterprise Singapore dan tidak memaparkan tanda keselamatan yang diperlukan.
Putra tidak mengetahui tentang keadaan atau spesifikasi pengecas tersebut, atau sama ada ia serasi dengan bateri itu.
Pada masa itu, Putra berada di rumah bersama dua orang bapa saudaranya dan tunang bapa saudaranya. Bayi itu pula berada dalam kereta sorong di luar flat kerana ibunya sedang bersiap untuk keluar.
Putra meninggalkan peranti yang sedang dicas di ruang tamu dan pergi ke bilik tidurnya untuk berehat dan bermain permainan di telefonnya.
Beberapa minit kemudian, bapa saudara yang memiliki flat itu terhidu bau asap dan melihat bateri tersebut terbakar.
Putra terperangkap di dalam flat itu bersama bapa saudaranya dan tunang bapa saudaranya. Bapa saudaranya yang seorang lagi berada di luar unit dan menyerahkan bayi itu kepada jiran mereka.
Polis dihubungi, dengan jiran-jiran cuba memadam api dengan baldi air, namun mereka tidak berjaya. Sekitar 30 panggilan polis dibuat.
Anggota bomba tiba di unit tersebut dan memindahkan Putra, bapa saudaranya dan tunang bapa saudaranya. Kesemuanya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa merupakan yang terakhir untuk diselamatkan.
Mangsa berusia 26 tahun, Cik Nuratiqah Zahari, meninggal dunia akibat "menghidu hasil pembakaran", dengan luka terbakar meliputi kira-kira 10 peratus daripada jumlah permukaan badannya.
Bapa saudaranya yang memiliki flat tersebut membelanjakan sekitar S$22,000 untuk membaiki unit itu, dengan lagi S$8,000 ditanggung oleh geran.
Penghuni flat itu terpaksa tinggal di unit sewa sementara selama lapan bulan semasa kerja-kerja pembaikan dijalankan.
Pembaikan kerosakan di kawasan umum menelan belanja sekitar S$2,700 bagi HDB.
Peranti-peranti tersebut dianalisis, dan skuter elektrik itu didapati sudah diubah suai.
Timbalan Pendakwa Raya Hidayat Amir berkata Putra tidak memeriksa sama ada pengecas itu serasi. Dia sebenarnya boleh memeriksa jenis bateri yang serasi dengan pengecas tersebut, atau memeriksa keserasian secara online, antara lain.
Beliau memohon hukuman penjara empat hingga enam bulan untuk Putra.
Atas kesalahan menyebabkan kematian akibat perbuatan cuai, Putra boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.