Lelaki dihukum penjara, dirotan kerana import 208 pod vape etomidate
Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail)
- Png Swee Sheng, warga Singapura 39 tahun, dipenjara tiga tahun dan disebat lima kali pada 2 Oktober kerana mengimport serta menggunakan pod vape etomidate.
- ICA menahannya di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 6 Februari selepas menemui dua alat vape dan 210 pod dalam bungkusan berlabel serbuk cuci pakaian.
- HSA mengesahkan 208 pod mengandungi etomidate, manakala siasatan mendapati Png menerima arahan Telegram daripada ‘Pod’ dan dijanjikan S$500 hingga S$800.
- Kes ini berlaku ketika Singapura mengetatkan kawalan etomidate dan vape, dengan hukuman import etomidate boleh mencecah 20 tahun penjara serta 15 sebatan.
SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan lima sebatan rotan pada Jumaat (2 Okt) kerana mengimport dan menggunakan pod vape yang dibubuh etomidate.
Ini sekali gus menjadikannya pengimport etomidate pertama yang didapati bersalah dan dihukum di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura.
Png Swee Sheng sedang memandu dari Malaysia ke Singapura pada 6 Februari apabila pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menggeledah kenderaannya.
Dua bungkusan berlabel serbuk cuci pakaian yang mengandungi dua alat vape dan 210 pod vape ditemui dalam but kereta sewa yang dipandunya. Ujian makmal oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kemudian mengesahkan bahawa 208 daripada pod yang dirampas mengandungi etomidate.
Siasatan mendapati bahawa sekitar sebulan sebelumnya, Png menerima mesej Telegram daripada seorang kenalan yang dikenali sebagai 'Pod', yang menawarkannya pekerjaan untuk menghantar Kpod ke Singapura.
Lelaki warga Singapura berusia 39 tahun itu dijanjikan antara S$500 dengan S$800 bagi penghantaran tersebut.
Dia bersetuju dengan aturan itu kerana memerlukan wang, walaupun mengetahui bahawa Kpod adalah haram di Singapura, menurut dokumen mahkamah.
Sekitar pukul 4.00 pagi pada 6 Februari, Png memandu ke R&F Mall di Johor Bahru atas arahan 'Pod' untuk mengambil barangan tersebut. Dia diberitahu bahawa butiran lanjut mengenai penghantaran akan diberikan selepas dia masuk ke Singapura.
Namun, dia ditangkap sebaik tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan kemudian didakwa oleh HSA kerana mengimport pod vape etomidate pada 10 Februari, menurut pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan media.
Ujian makmal turut mendapati bahawa Png mengambil etomidate. Dia mengaku berbuat demikian di pusat beli-belah tersebut sebelum memasuki Singapura.
Etomidate disenaraikan sebagai dadah terkawal Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah pada September 2025 untuk menangani masalah penyalahgunaan etomidate yang semakin meningkat.
Ia kemudian disenaraikan sebagai bahan psikoaktif tertentu di bawah Akta Kawalan Tembakau dan Vape, menerusi undang-undang yang diluluskan pada Mac tahun ini, sekali gus meningkatkan dengan ketara hukuman maksimum kerana memiliki, menggunakan, mengimport dan menjual vape di Singapura.
Selepas undang-undang baharu itu berkuat kuasa pada 1 Mei, etomidate dikeluarkan daripada senarai di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Mereka yang didapati bersalah kerana mengimport etomidate boleh dikenakan hukuman penjara antara tiga dengan 20 tahun serta lima hingga 15 sebatan rotan.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.