Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dihukum penjara dan dirotan; berulang kali cuba rogol anak perempuan berusia 4 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
 Lelaki dihukum penjara dan dirotan; berulang kali cuba rogol anak perempuan berusia 4 tahun

Mahkamah Tinggi Singapura. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 38 tahun yang berulang kali cuba merogol anak perempuannya berusia empat tahun dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan 16 sebatan pada Isnin (29 Jan).

Anak perempuannya mencederakan dirinya sendiri selepas dia menyedari bahawa apa yang dilakukan oleh bapanya terhadapnya adalah salah.

Lelaki itu mengaku bersalah pada November 2022 atas dua tuduhan cuba merogol budak bawah umur.

Tiga lagi tuduhan mencabul anak perempuannya ketika berusia empat hingga lima tahun dan mengambil gambar alat sulit mangsa ketika berusia 11 tahun turut diambil kira.

Identiti lelaki tersebut tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti anak perempuannya, yang kini berusia 15 tahun.

Dia telah cuba merogol anak perempuannya pada 2013 ketika kanak-kanak itu di tadika dan cuba berbuat demikian sehingga mangsa berada di peringkat awal sekolah rendah.

Kanak-kanak itu menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas menghadiri ceramah pendidikan seks di sekolah semasa di Darjah 5.


Gurunya memerhatikan luka pada lengan mangsa pada Januari 2022 dan kes itu kemudian terbongkar.

Laporan psikiatrik bapanya mendapati bahawa dia mengalami gangguan pedofilia, namun dia masih berfikiran waras.

Anda boleh dapatkan bantuan di:

Talian Samaritans of Singapore: 1767

Talian Institut Kesihatan Mental: 6389 2222

Talian Bantuan Kesatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800 283 7019

Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan antarabangsa di pautan ini.


Jika anda mengetahui sesiapa yang memerlukan bantuan segera, hubungi talian khidmat perubatan kecemasan 24 jam.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan