Lelaki dihukum penjara dan didenda kerana cemuh pegawai ICA, guna pasport orang lain
Anggaran Waktu Membaca:

Pusat Pemeriksaan Woodlands (Gambar fail: ICA)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 28 tahun yang mengaku bersalah kerana mencemuh seorang pegawai imigresen secara lisan dan menggunakan pasport milik orang lain dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan dan dua minggu pada Jumaat (21 Feb).
El Sayed Aladdin, warga Australia, turut didenda S$6,500, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan polis dalam satu kenyataan bersama.
Pada 14 Dis, Aladdin diarahkan menjalani pemeriksaan di Lapangan Terbang Changi. Para pegawai ICA menemui beberapa barang terlarang di dalam bagasinya, termasuk buku lima dan pisau lipat.
“Aladdin dimaklumkan perkara itu akan dirujuk kepada polis untuk siasatan lanjut. Selepas itu, dia menggunakan kata-kata kasar dan mencemuh para pegawai ICA,” menurut pihak berkuasa.
Pasport Aladdin telah disita oleh polis untuk menghalangnya daripada meninggalkan Singapura semasa dia disiasat.
Pada 28 Dis, Aladdin cuba meninggalkan Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands menggunakan pasport milik orang lain. Dia diberkas oleh para pegawai ICA dan didakwa pada 30 Dis.
Kesalahan menggunakan dokumen perjalanan asing yang tidak dikeluarkan kepada individu itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan mencemuh pegawai awam di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan 2014 membawa hukuman penjara sehingga 12 bulan, denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Polis dan ICA memandang serius terhadap sesiapa sahaja yang menghalang pegawai awam daripada menjalankan tugas mereka.
“Kami juga tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk tingkah laku kasar terhadap pegawai kami dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah,” tambah kedua-dua polis dan ICA.
“Para pegawai kami yang ditempatkan di pusat pemeriksaan menjalankan tugas mereka untuk menjaga sempadan Singapura. Para pelawat diingatkan supaya bekerjasama dan mematuhi arahan mereka.”

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.