Lelaki dihukum penjara, dakwa konon dijangkiti COVID-19, dedah alat sulit kepada pekerja Kelab Masyarakat Sembawang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gara-gara marah dengan seorang pekerja di Kelab Masyarakat Sembawang, Abdul Lazis Abdullah mengakui konon dirinya "positif COVID-19" dan melarikan diri daripada hospital sebelum sengaja batuk ke arah seorang lelaki.
Warga Singapura itu juga menunjukkan alat sulitnya kepada lelaki berusia 29 tahun berkenaan, yang tidak boleh dinamakan atas arahan mahkamah untuk melindungi identitinya.
Pada Isnin (12 Dis), Lazis, 59 tahun, dijatuhkan hukuman penjara tiga minggu berkuat kuasa dari 9 Nov dan denda S$4,000 atau digantikan dengan penjara empat minggu jika tidak membayar denda. Ini selepas dia mengaku bersalah atas satu tuduhan menimbulkan kecemasan kepada lelaki berkenaan dan satu tuduhan menghina kehormatannya.
Satu lagi tuduhan berkaitan mengunakan kekerasan jenayah ke atas lelaki muda itu turut dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ng Jun Chong memberitahu mahkamah bahawa insiden itu berlaku sekitar tengah hari pada 8 April 2020, iaitu pada kemuncak penularan koronavirus.
Ketika itu, mangsa bekerja sebagai kakitangan sementara di kelab masyarakat tersebut dan tugasnya adalah untuk menjalankan pemeriksaan suhu badan serta membantu orang awam dengan pertanyaan mereka.
DPP Ng berkata Lazis menyoal lelaki itu dalam keadaan marah tentang mengapa beliau masih belum menerima Dana Bantuan Kewangan Sementara sedangkan orang lain sudah menerimanya.
Semasa perbualan mereka, Lazis naik berang dengan mangsa dan tiba-tiba berkata dia sakit dan sudah melarikan daripada hospital sebelum membuka pelitupnya, kata DPP Ng.
Dia kemudian sengaja mula batuk dengan kuat berhampiran dengan mangsa, rakan setugasnya serta beberapa orang awam lain.
Apabila mangsa memberitahu Lazis bahawa beliau akan menghubungi polis jika dia tidak berhenti batuk, dia mencabarnya untuk berbuat sedemikian sebelum beredar dari situ.
Sekitar pukul 7.00 malam pada hari yang sama, mangsa sekali lagi terserempak dengan Lazis yang sedang batuk.
Lazis kemudian berkata bahawa dia dijangkiti COVID-19.
Lelaki muda itu kemudian menyuruh Lazis untuk pergi ke sudut lain kerana kelakuannya membuatkan "orang lain berasa cemas", namun Lazis mula bertengkar dengannya.
Semasa perbalahan itu, Lazis mempersoalkan kelelakian mangsa dan berkata dia akan membuktikan kepada mangsa kelelakiannya.
Lazis kemudian menarik seluar dalamnya dan mendedahkan alat sulitnya kepada mangsa sebelum jalan meninggalkan tempat itu. Dia mengulangi perbuatan itu sekali lagi.
Para anggota kakitangan kelab masyarakat itu kemudian menghubungi polis dan Lazis diberkas.
Dia dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit di mana dia diuji negatif COVID-19.
Bagi perbuatan menimbulkan rasa cemas kepada mangsa, Lazis boleh didenda sehingga S$5,000.
Bagi menghina kehormatan mangsa, dia boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.