Lelaki dihukum penjara cuba seludup gading ke SG dengan sembunyikan dalam termos
Anggaran Waktu Membaca:
Gading gajah dan termos yang diubah suai untuk menyembunyikannya. (Gambar: Lembaga Taman Negara)
- Hafiludin, seorang anak kapal warga Indonesia, dijatuhi hukuman penjara lapan minggu kerana cuba menyeludup gading gajah ke Singapura tanpa permit.
- Beliau ditahan pada 9 Ogos di Laluan Masuk Pejabat Kru Keppel selepas pegawai ICA mengesan gading seberat 550 gram yang disembunyikan dalam termos melalui pemeriksaan X-ray.
- Gading tersebut dibeli di Lagos, Nigeria, pada Disember 2025 dengan harga AS$150 untuk diberikan kepada bapanya, dan Hafiludin mengubahsuai termos supaya gading itu muat.
- NParks mengesahkan gading itu berasal daripada gajah Afrika dan tindakan Hafiludin melanggar Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport) 2006 Singapura.
SINGAPURA: Seorang lelaki Indonesia berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan minggu pada Khamis (10 Sep) selepas ditangkap kerana cuba menyeludup sebatang gading gajah ke Singapura, menurut Lembaga Taman Negara (NParks).
Hafiludin, seorang anak kapal, ditangkap pada 9 Ogos dengan gading seberat 550 gram yang disembunyikan di dalam sebuah termos.
Menurut dokumen mahkamah, kapal tempat beliau bekerja memasuki Singapura pada 8 Ogos. Hafiludin turun dari kapal bersama bagasinya kira-kira 12.15 tengah hari pada keesokan harinya.
Singapura merupakan pelabuhan persinggahan terakhirnya sebelum beliau dijadual pulang ke Indonesia. Dia perlu memasuki Singapura melalui pejabat kru Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Laluan Masuk Pejabat Kru Keppel, di 35 Keppel Road, untuk menamatkan tugasnya secara rasmi.
Semasa pemeriksaan keselamatan rutin menggunakan 'X-ray', para pegawai mengesan sesuatu yang mencurigakan di dalam termos di dalam bagasinya. Pemeriksaan lanjut menemukan objek tajam dan runcing yang menyerupai gading.
Apabila disoal, Hafiludin berulang kali mendakwa objek itu merupakan alat berbentuk cerut yang diperbuat daripada plastik dan digunakan untuk merokok.
Kes tersebut kemudian dirujukkan kepada NParks untuk siasatan lanjut.
Menurut dokumen mahkamah, Hafiludin membeli gading itu beberapa bulan sebelumnya daripada seorang peniaga bergerak yang menaiki kapalnya di Lagos, Nigeria, pada akhir Disember 2025.
Hafiludin membeli gading tersebut pada harga AS$150 (S$190) dengan niat untuk memberikannya kepada bapanya.
Menyedari bahawa memiliki gading tanpa permit yang diperlukan merupakan satu kesalahan di Singapura, beliau menyembunyikannya di dalam termos sebelum memasukkan termos itu ke dalam bagasinya.
Memandangkan gading sepanjang kira-kira 27 sentimeter itu tidak muat di dalam termos, Hafiludin menggergaji bahagian luar termos tersebut supaya gading itu dapat dimasukkan.
Ujian makmal mengesahkan bahawa gading itu berasal daripada gajah Afrika, walaupun spesies tepatnya tidak dapat dikenal pasti.
Di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES), semua gajah Afrika disenaraikan sebagai Loxodonta africana.
Oleh itu, gading tersebut merupakan spesimen Apendiks I di bawah Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport) 2006 Singapura.
Hafiludin tidak mempunyai permit atau lesen yang diperlukan untuk mengimport gading tersebut ke Singapura.
Beliau disabitkan kesalahan atas satu tuduhan mengimport spesies yang disenaraikan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta tersebut.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.