Lelaki dihukum penjara; bersubahat curi S$30,000 dari kiriman wang haram
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Dua lelaki mencuri sebuah beg yang mengandungi S$30,000 daripada seorang pelanggan perniagaan pengurup wang haram di restoran Subway di Jurong Point.
Pelanggan itu sepatutnya menyerahkan wang tersebut kepada kedua-dua lelaki itu, namun kedua-dua mereka bertindak untuk mencuri selepas pelanggan itu enggan berbuat demikian.
Salah seorang daripada dua lelaki itu dijatuhi hukuman penjara tiga bulan pada Rabu (12 Apr) atas pelibatannya.
Chen Shuo, 23 tahun, seorang jurumesin warga China yang bertugas di Ace-Z, mengaku bersalah atas satu tuduhan bersubahat untuk mencuri dengan menahan lelaki terbabit ke lantai supaya rakan subahatnya dapat melarikan beg dipenuhi wang tersebut.
Satu lagi tuduhan atas kesalahan terlibat dalam perniagaan khidmat bayaran haram dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.
Mahkamah diberitahu bahawa Chen membantu dalang perniagaan khidmat bayaran tidak berlesen itu dengan menukarkan dolar Singapura ke yuan China dan sebaliknya.
Dalang terbabit, yang juga rakyat Singapura yang bekerja sendiri, Tan Zhixian, 40 tahun, menggunakan aplikasi perbualan seperti Telegram dan WeChat untuk mempromosikan khidmat haramnya dan berhubung dengan para pelanggan.
Chen dipujuk untuk menyertai perniagaan haram itu oleh Zhang Kexi, 31 tahun, yang juga seorang warga China, yang bertugas di West Pharmaceutical Services.
Pada Januari 2022, Kexi berbual dengan seorang pelanggan di WeChat, iaitu Encik Zhang Renfei, 39 tahun, seorang warga China.
Dia juga merupakan penduduk tetap Singapura yang bekerja sendiri sebagai penjual kristal melalui penstriman secara langsung di Facebook.
Chen bertemu Kexi berdekatan Jurong Point pada petang 17 Januari 2022. Mereka sepatutnya bertemu Encik Zhang berdekatan bangunan flat di kawasan itu untuk mendapatkan wang tersebut. Mereka ditemani rakan kerja Kexi dan seorang warga China, Wang Anquan, 33 tahun.
KERAGUAN DAN KEBIMBANGAN PELANGGAN
Namun, Encik Zhang berasa ragu untuk berjumpa di situ kerana dia keseorangan dan membawa jumlah wang yang besar.
Wang dan Chen menunggu bersama Encik Zhang di dalam Jurong Point, sehingga Wang terpaksa meninggalkan tempat itu untuk satu lagi janji temu. Dia diambil alih oleh satu lagi rakan kerja Kexi dan warga China, Zhang Xichao, 29 tahun.
Selepas 115,000 yuan sudahpun (S$22,250) dipindahkan, mereka memberitahu Encik Zhang mengenai pemindahan wang itu.
Namun, Encik Zhang berkata dia belum menerima wang tersebut dan enggan menyerahkan wang yang dibawanya dalam satu beg kertas.
Encik Zhang enggan menyerahkan wang itu dan masuk ke sebuah cawangan Subway di Jurong Point sebelum menelefon polis untuk meminta bantuan. Dia berkata bahawa "ada orang yang ingin mengambil wang saya. Tiga lelaki itu berada di sini."
Kexi dan Chen mengekorinya ke dalam kedai itu dan cuba merampas duit itu daripadanya. Satu pergelutan berlaku dan Chen menahan Encik Zhang manakala Kexi merampas sejumlah wang dari beg kertas itu.
Mereka kemudian melarikan diri daripada pusat beli-belah itu dengan S$30,000.
WANG MASIH BELUM DIJUMPAI: PENDAKWA
Pendakwa mengusulkan hukuman penjara tiga bulan bagi Chen. Beliau berkata bahawa Chen sebahagiannya membelanjakan jumlah wang perbelanjaan dati Chen, hasil wang di dirampas itu.
Walaupun S$26,050 ditemui, Encik Zhang masih mengalami kerugian S$3,950.
Pendakwa menarik perhatian bahawa ia adalah kesalahan Chen yang pertama, dan dia bekerjasama dengan siasatan itu.
Wang dan Xichao pernah dihukum penjara sehingga tiga minggu atas pelibatan mereka sebagai pemungut hutang.
Kes bagi Tan dan Kexi masih belum selesai.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.