Skip to main content

Singapura

Lelaki dihukum penjara; anak lelaki 4 tahun mati tercekik disumbat lada ke dalam mulutnya

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dihukum penjara; anak lelaki 4 tahun mati tercekik disumbat lada ke dalam mulutnya

Gambar: Jeremy Long/CNA

Diterbitkan : 30 May 2024 01:42PM Dikemas Kini : 30 May 2024 01:55PM
SINGAPURA: Seorang lelaki pada Khamis (30 Mei) dihukum penjara kerana menyebabkan kematian anak lelakinya yang berusia 4 tahun.

Lelaki itu telah menyumbat lada ke dalam mulut anaknya sebagai satu bentuk disiplin.

Lelaki warga Singapura berusia 38 tahun itu mahu mendisiplinkan anaknya kerana berbohong bahawa dia tidak membuang air besar.

Anak lelaki itu sedang dilatih bagaimana untuk menggunakan tandas.

Disebabkan dia marah dengan anaknya kerana berbohong, lelaki itu menyumbat bahagian hujung lada ke dalam mulut kanak-kanak itu.

Lada itu tersangkut dalam saluran pernafasan anaknya dan kanak-kanak itu mati tercekik walaupun lelaki tersebut membawa mangsa ke klinik berhampiran.

Mahkamah diberitahu bahawa lelaki tersebut tinggal di sebuah flat bersama isterinya dan empat orang anak, termasuk mangsa.

Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan atas tuduhan melakukan perbuatan terburu-buru sehingga menyebabkan kematian.

Identiti mangsa dan tertuduh tidak didedahkan atas perintah mahkamah kerana lelaki itu juga mempunyai anak lain.
Sumber : CNA/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita