Lelaki dihukum penjara 7 bulan; curi kad kredit penumpang pesawat AirAsia dari KL ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan kerana mencuri kad kredit milik penumpang lain ketika dalam penerbangan ke Singapura, dedah polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat (20 Sep).
Jiang Yangbo, warga China, adalah penumpang pesawat AirAsia AK719 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 16 Mei apabila dia mengeluarkan beg komputer riba berwarna biru milik penumpang lain.
Mangsa, Jin Chengjie, warga China berusia 36 tahun yang bekerja di Singapura, duduk satu baris di hadapannya.
Sambil meletakkan beg di atas ribanya, Jiang membelek-beleknya, mengambil kad kredit Citibank milik Jin dan memasukkannya ke dalam saku seluarnya, menurut dokumen mahkamah.
Dia kemudian meletakkan beg komputer riba di ruang atas dan pergi ke bilik air, sebelum kembali ke tempat duduknya.
Bagaimanapun, penumpang lain yang duduk di barisan yang sama dengan Jiang melihat apa yang berlaku, dan menyedari selepas pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Changi bahawa Jiang hanya membawa beg sandang hitam bersamanya.
Apabila menyedari beg komputer riba itu milik Jin, penumpang itu memberitahunya bahawa dia melihat Jiang mengambil sesuatu daripada beg itu. Mangsa kemudian menyedari kadnya hilang dan segera membatalkan kad tersebut.
Jiang, yang sedang menunggu untuk turun pesawat, ternampak perbualan antara Jin dan penumpang itu. Dia mencampakkan kad kredit ke ruang atas untuk mengelak daripada ditangkap.
Kad itu kemudian ditemui oleh penumpang lain, dan siasatan menunjukkan bahawa kad itu tidak disalahgunakan.
Di lapangan terbang, mangsa dan saksi mendekati pegawai polis bantuan, yang menahan Jiang. Dia disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman pada Jumaat lalu.
“Polis tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan mencuri di dalam pesawat dan tidak akan teragak-agak untuk memberkas pesalah sedemikian, yang akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang,” kata Pasukan Polis Singapura (SPF).
Polis menasihatkan orang ramai supaya melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa jenayah di dalam pesawat dengan sentiasa menyimpan barang berharga mereka dan bukan meletakkannya di bahagian atas ruang bagasi.
Mereka juga harus berhati-hati terhadap penumpang yang dilihat membuka petak atas, mengambil bagasi dan menyelongkarnya semasa dalam penerbangan. Kru kabin harus dimaklumkan segera tentang sebarang kelakuan yang mencurigakan, tambah polis.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.