Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dihukum penjara 40 bulan, cabul anaknya ketika masih di tadika, dakwa budak itu bohong

Seorang lelaki yang mencabar dakwaan dibuat anak perempuannya sendiri bahawa dia mencabul mangsa ketika beliau masih di tadika dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan pada Selasa (22 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dihukum penjara 40 bulan, cabul anaknya ketika masih di tadika, dakwa budak itu bohong

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 22 Feb 2022 10:21PM Dikemas Kini : 22 Feb 2022 10:21PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mencabar dakwaan dibuat anak perempuannya sendiri bahawa dia mencabul mangsa ketika beliau masih di tadika dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan pada Selasa (22 Feb).

Empat bulan daripada tempoh hukuman penjara itu, adalah sebagai ganti hukuman rotan kerana lelaki itu berusia 61 tahun dan tidak boleh dirotan.

Lelaki itu akan membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan. Dia tidak boleh dinamakan atas arahan mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.

Dia disabitkan kesalahan atas dua tuduhan mencabul kanak-kanak bawah umur.

Anak perempuannya memberi keterangan bahawa dia dicabul oleh bapanya selepas menggunakan komputer ketika mangsa berumur lima atau enam tahun dan masih di tadika.

Menurut mangsa, beliau sedang makan di ruang tamu pada petang tahun 2009 apabila dipanggil bapanya untuk masuk ke bilik tidur.

Lelaki itu kemudian memaksa anaknya itu unutk melakukan aksi seks sebelum mencabulnya, kata mangsa.

Menurutnya lagi, beliau "membiarkan pesalah lakukan apa sahaja" kerana lelaki itu bapanya dan beliau tidak mahu melawan kata bapanya itu.

Mangsa diberitahu supaya tidak memberitahu ibunya tentang apa yang berlaku.

KETERANGAN IBU MANGSA

Dua hari selepas kejadian, mangsa memberitahu ibunya tentang kejadian tersebut. Apabila disoal ibynya, mangsa kelihatan risau dan berulang kali menegaskan dia tidak berbohong.

Wanita itu bersemuka dengan suaminya, namun lelaki itu menafikan berlaku kejadian tersebut. Disebabkan tidak ada cukup bukti, dia merasakan tidak ada sebab untuk membuat laporan polis dan memberitahu anaknya supaya tidak berbuat demikian.

APA YANG MENDORONG MANGSA BUAT LAPORAN POLIS SEMBILAN TAHUN KEMUDIAN

Mangsa mengalami serangan panik di sekolah pada Januari 2018, ketika berusia 14 atau 15 tahun kerana hadir budak lelaki dalam sekitarannya. Beliau kemudian memberitahu kaunselor sekolah perbuatan bapanya bertahun-tahun yang lalu.

Pegawai perlindungan kanak-kanak dimaklumkan dan laporan polis dibuat walaupun ibu mangsa berkata dia tidak mahu perkara itu dibawa kepada polis.

Dalam pembelaannya, lelaki itu mendakwa kejadian tersebut "disalah ertikan". Dia mendakwa mendakap mangsa yang terjatuh dari pangkuannya semasa bermain permainan komputer.

Pihak pembela juga mendakwa anak perempuan lelaki itu mempunyai niat untuk membuat dakwaan palsu terhadap bapanya.

Ini kerana pesalah seorang yang "agak tegas" dan menegur cara pemakaian mangsa.

Hakim mendapati keterangan yang diberikan mangsa adalah jelas, boleh dipercayai dan meyakinkan.

Sumber : CNA/FA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa