Skip to main content

Singapura

Lelaki dihukum penjara 3 tahun kerana memalsukan duit ketika tidak boleh bekerja akibat kecederaan di tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dihukum penjara 3 tahun kerana memalsukan duit ketika tidak boleh bekerja akibat kecederaan di tempat kerja

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)

SINGAPURA: Selepas mengalami kecederaan di tempat kerja yang tidak membolehkannya bekerja, Sarder Md Rajaul Islam harus bergantung pada pemberian makanan untuk hidup sehariannya. Namun, beberapa bulan kemudian, untuk meringankan bebanan kewangannya, dia memutuskan untuk menghasilkan beberapa wang kertas S$50 palsu untuk perbelanjaan peribadinya.

Warga Bangladesh berusia 21 tahun itu, seorang pekerja binaan semasa kesalahannya, dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun pada Isnin (24 Jul) selepas mengaku bersalah ke atas dua pertuduhan memalsukan mata wang.

Dua pertuduhan lain turut diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.

Makhamah diberitahu bahawa Encik Rajaul diberikan 'Pas Khas' oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 25 Ogos tahun lalu setelah beliau mengalami kecederaan di tempat kerja.

Oleh kerana beliau tidak boleh bekerja akibat kecederaan itu, Rajaul terpaksa bergantung kepada makanan percuma yang dia terima dari rumah perlindungan dan sumbangan dari orang lain.

APA YANG BERLAKU

Kira-kira tiga bulan selepas beliau berhenti bekerja, antara 5 hingga 7 Disember lalu, Rajaul membuat keputusan untuk menghasilkan wang kertas S$50 palsu untuk membeli barangan yang murah supaya dia akan diberikan baki mata wang tulen.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Vincent Ong memberitahu mahkhamah bahawa Encik Rajaul berpendapat bahawa ini adalah cara mudah untuk mendapatkan hasil walaupun mengalami kecederaan.

Untuk menjalankan rancangannya, Encik Rajaul memastikan bahawa tiada sesiapa di sekelilingnya semasa dia menggunakan mesin pencetak yang dibeli daripada seorang lagi pekerja Bangladesh. Dia menggunakan mesin itu untuk membuat salinan kedua-dua belah wang kertas S$50 pada dua helai kertas.

Encik Rajaul kemudian melekatkan bahagian belakang dan hadapan wang kertas S$50 yang dicetak bersama-sama untuk membentuk salinan palsu wang kertas tulen itu.

DPP Ong menyatakan bahawa Encik Rajaul menganggarkan beliau menggunakan sejumlah 10 keping kertas untuk menghasilkan wang kertas palsu dengan nombor siri yang sama daripada wang kertas tulen.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan berapa banyak nota yang dibuatnya.

Pada malam 8 Disember lalu, Encik Rajaul menggunakan sehelai wang kertas S$50 palsu itu di sebuah kedai di kawasan dormitorinya untuk membeli sepotong tembikai berharga S$1.50.

Encik Rajaul memberikan wang kertas S$50 palsu itu kepada pekerja gerai buah-buahan Tan Ying Joe, yang menyedari bahawa wang nota itu "seperti tidak betul".

Cik Tan menyerahkan nota palsu itu kepada bapa mertuanya untuk diperiksa.

Kedua-duanya membuat kesimpulan bahawa nota itu tidak tulen dan melaporkan perkara itu kepada pengawal dormitori.

Rajaul ditahan sementara polis dipanggil untuk memberikan bantuan.

Selepas ketibaan mereka, polis merampas nota itu untuk pemeriksaan dan mendapati ia tidak mempunyai beberapa ciri-ciri keselamatan.

Rajaul ditangkap pada hari yang sama.

Nota palsu itu serta bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya, seperti mesin pencetak, dirampas polis.

Mereka juga merampas empat keping kertas dengan hanya bahagian hadapan wang kertas S$50 yang dicetak, dan empat keping kertas dengan hanya bahagian belakang wang kertas S$50 yang dicetak padanya, serta sembilan keping wang kertas S$50 palsu dengan kedua-dua bahagian depan dan belakang tercetak padanya.

PENCEGAHAN TERHADAP PEMULIHAN

Dalam merayu hukuman yang lebih ringan daripada tiga tahun yang dicadangkan oleh pihak pendakwa, peguam Tan Su menggesa mahkamah mempertimbangkan penjara dua tahun enam bulan sebagai hukuman yang sesuai kerana anak guamnya bukan "penjenayah yang bentan".

Cik Tan berkata bahawa pemulihan harus menjadi pertimbangan hukuman yang utama kerana Encik Rajaul telah melakukan kesalahan itu dalam "saat kebodohan" dan terdesak dalam menghadapi tekanan kewangan.

Tambahnya, Encik Rajaul juga jauh dari keluarganya dan telah mengecewakan mereka tetapi dengan hukuman yang dikurangkan, dia boleh bersama sistem sokongannya yang akan membantunya kekal pada jalan yang betul.

Ketika menyampaikan hukumannya, Hakim Daerah Ronald Gwee berkata kesalahan itu sangat serius dan hukuman pencegahan perlu dikenakan bagi memastikan kesalahan itu tidak berulang.

Hakim juga menyatakan bahawa tiga tahun akan menjadi hukuman yang sesuai untuk menghalang pesalah daripada berpendapat bahawa kesalahan memalsukan wang tidak akan dikenakan hukuman yang berat.

Bagi setiap pertuduhan memalsukan dan menggunakan mata wang palsu, Encik Rajaul boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita