Lelaki dihukum penjara 24 minggu kerana elak NS; tinggal bersama ibu bapa di Batam
Anggaran Waktu Membaca:

Akademi Pertahanan Awam. (Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang dilahirkan di Singapura, dengan bapanya adalah seorang warga Indonesia manakala ibunya pula adalah rakyat Singapura, meninggalkan negara ini pada 2010 untuk tinggal bersama ibu bapanya di Batam.
Dia melakukan demikian dengan tujuan untuk membantu perniagaan bapanya.
Dia mengemukakan permohonan sebanyak beberapa kali untuk menangguhkan pendaftaran bagi Perkhidmatan Negara (NS) atas alasan ingin melanjutkan pelajarannya. Malah, dia terus menetap di luar Singapura tanpa permit yang sah sepanjang tempoh lebih sembilan tahun.
Novriandy Rizaldy, 33 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 24 minggu pada Selasa (27 Dis) atas kesalahan mengelakkan NS.
Dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan di bawah Akta Perkhidmatan Negara kerana gagal melaporkan diri bagi pendaftaran NS dan terus berada di luar Singapura tanpa permit yang sah selama sembilan tahun.
Mahkamah diberitahu bahawa Novriandy dilahirkan di Singapura dan adalah seorang rakyat Singapura berdasarkan sijil kelahirannya. Bapanya seorang warga Indonesia dan adalah Penduduk Tetap Singapura (PR) sehingga dia melepaskan status PRnya pada Januari 2010.
Ibunya pula adalah seorang rakyat Singapura dan penduduk tetap Indonesia.
Novriandy adalah seorang penduduk tetap Indonesia dari 2015 sehingga Disember 2019

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.