Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dihukum penjara 16 minggu; elak NS hampir 8 tahun untuk bekerja, belajar di Kanada

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang tidak memenuhi kewajipannya untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) selama hampir lapan tahun untuk menamatkan pengajiannya di universiti dan kemudian bekerja di Kanada dijatuhi hukuman penjara selama 16 minggu.

Ryan Foong Xue Fei, 26 tahun adalah pesalah NS yang ke-21 dijatuhi hukuman penjara sejak Mahkamah Tinggi menetapkan rangka hukuman bagi mereka yang mengelak NS pada 2017.

Foong adalah seorang rakyat Singapura berdasarkan kelahirannya. Dia berhijrah ke Kanada pada usia 11 tahun selepas menuntut di sebuah sekolah rendah di Singapura.

Dia berjaya memohon permit untuk ke keluar negara pada 2009 dan permit tersebut diperbaharui pada 2011 tetapi ia tamat tempoh pada Oktober 2012.

Selepas itu,
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) menghantar surat ke rumahnya di Singapura berhubung tanggungjawabnya kepada NS namun surat-surat itu dipulangkan dengan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Foong tidak lagi menetap di alamat tersebut.

CMPB juga menghantar emel kepada Foong pada Januari 2013 yang mengarahkannya supaya melaporkan diri selewat-lewatnya sebelum 28 Januari 2013 untuk mendaftarkan diri bagi NS namun diabaikan oleh Foong.



Foong tahu tentang padahnya jika dia terus berada di luar negara tanpa permit yang sah dan dia menggunakan pasport Kanada untuk melakukan perjalanan dan bukan pasport Singapura.

Pada Februari 2020, dia menghantar emel kepada CMPB untuk memperbaharui pasport Singapura miliknya supaya dia dapat pulang ke Singapura untuk menjalani NS.

Dia disuruh pulang dengan segera atas kesalahan mengelak NS dan bagi memenuhi tanggungjawab NS.

Dia kembali ke Singapura pada November 2020 dan diberkas di pusat pemeriksaan.

Semasa disoal siasat selepas diberkas, Foong mengaku bahawa dia tidak mahu pulang ke Singapura untuk menjalani NS lebih awal kerana dia mahu menamatkan pengajiannya di universiti di Kanada dan bekerja di sana buat sementara waktu.

Dia menamatkan pengajiannya pada Mei 2019 dan terus bekerja di Kanada sebelum pulang ke Singapura.

Secara keseluruhannya, dia berada di luar negara tanpa permit yang sah selama tujuh tahun, 11 bulan dan 17 hari.

Pendakwa raya mengusulkan hukuman penjara sekurang-kurangnya selama 18 minggu sambil berhujah bahawa hukuman bagi pesalah NS harus cukup berat untuk mencegah orang lain daripada mengelak atau menangguhkan NS dengan sesuka hati.

Atas kesalahan mengelak NS, Foong boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan