Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dihukum penjara 13 tahun, disebat kerana miliki seketul ganja dengan niat edarkannya

Gara-gara mahu jalan pintas untuk mendapatkan duit, seorang lelaki menempah "seketul" ganja dari seorang individu yang tidak dikenali dengan harga S$3,000.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Gara-gara mahu jalan pintas untuk mendapatkan duit, seorang lelaki menempah "seketul" ganja dari seorang individu yang tidak dikenali dengan harga S$3,000.

Dia mengambil dadah terkawal itu dari sebuah longkang di Marsiling dan merancang menjualnya dengan meraih keuntungan, namun diberkas Biro Narkotik Pusat (CNB) ketika sedang menaiki kereta Grab.

Narkkeeran Arasan, 45 tahun, dihukum penjara 13 tahun dan 10 sebatan pada Isnin (9 Jan) atas satu kesalahan memiliki ganja seberat 329.99 gram dengan tujuan mengedarnya.

Mahkamah diberitahu bahawa lelaki Singapura itu sedang mengalami "tekanan kewangan" pada 2021 lalu memutuskan untuk menjual ganja supaya "dapat wang tunai dengan cepat".

Pada 11 April 2021, dia menempah "seketul" ganja yang difahamkan seberat satu kilogram, dari seorang kenalan yang hanya dikenali sebagai "R and R".

Dia membayar S$3,000 untuk ganja itu. Pada keesokan hari, dia mengambil beg plastik berwarna hitam yang berisi dadah itu dari sebuah longkang di kawasan Marsiling.

Dia kemudian meletakkan beg plastik itu dalam sebuah beg hitam berjenama Coach lalu menaiki sebuah kereta Grab.

Pegawai CNB yang bertindak atas maklumat yang diterima, memberkas Narkkeeran di simpang Woodlands Avenue 9 dengan Gambas Avenue pada 12 April 2021.

Mereka menggeledah kereta itu dan merampas sebuah beg Coach berwarna hitam yang diletakkan di lantai di belakang tempat duduk pemandu.

Beg itu mengandungi seketul bahan sayuran yang dibalut dengan plastik dan pelekat. Bahan itu diperiksa dan didapati mengandungi campuran sekurang-kurangnya 523.5 gram bahan sayuran dan sekurang-kurangnya 413.5 gram bahan sayuran yang hancur.

Ketulan seberat sekurang-kurangnya 937.2 gram itu merupakan campuran ganja.

Ganja merupakan dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Rumah Narkkeeran juga diperiksa tetapi para pegawai tidak menemukan apa-apa yang mencurigakan.

Siasatan juga mendapati bahawa Narkkeeran tidak mempunyai sebarang pelanggan apabila dia diberkas dengan dadah tersebut.

Pihak pendakwa memohon bagi hukuman penjara selama 15 tahun dan 11 kali sebatan bagi Narkkeeran.

Dia juga pernah dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan dadah pada 2019 kerana mengambil dadah, menurut pihak pendakwa.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan