Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dihukum mati kerana bunuh isteri hamil dan anak perempuan 4 tahun

Seorang bekas ejen hartanah berusia 44 tahun dikenakan hukuman mati pada Khamis (12 Nov) setelah dia didapati bersalah membunuh isterinya yang hamil dan anak perempuannya yang berusia empat tahun di flat mereka di Woodlands pada 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dihukum mati kerana bunuh isteri hamil dan anak perempuan 4 tahun

Teo Ghim Heng (berbaju merah) tergamak bunuh isteri dan anak perempuan 4 tahun, bakar mayat mereka. (Gambar: Wee Teck Hian)

Diterbitkan : 12 Nov 2020 09:40PM Dikemas Kini : 12 Nov 2020 09:42PM

SINGAPURA: Seorang bekas ejen hartanah berusia 44 tahun dikenakan hukuman mati pada Khamis (12 Nov) setelah dia didapati bersalah membunuh isterinya yang hamil dan anak perempuannya yang berusia empat tahun di flat mereka di Woodlands pada 2017.

Hakim menyifatkannya sebagai "kes tragik" melibatkan kehilangan nyawa dan "sebuah keluarga hancur musnah".

Teo Ghim Heng disabit bersalah atas tuduhan membunuh isterinya, Choong Pei Shan, yang hamil enam bulan, sebelum melakukan yang sama terhadap anak perempuan mereka.

Dia mencekik leher isterinya yang berusia 39 tahun dengan menggunakan tuala selepas mereka bertengkar mengenai isu wang. Isterinya dikatakan menghina Teo di hadapan anak perempuannya, memanggilnya seorang suami dan bapa tidak guna. Teo bertindak mencekik leher isterinya dengan tuala sebelum akhirnya menggunakan tangannya.

Ketika kejadian itu berlaku, anak perempuan mereka sedang bermain dan menonton televisyen di dalam bilik. Setelah membunuh isterinya, Teo memutuskan untuk membunuh anak perempuannya dan dirinya sendiri supaya "keluarganya dapat bersatu kembali" dalam kematian.

Motif pembunuhan itu tidak dipertikaikan oleh kedua-dua pihak - sebelum ini dia merupakan ejen hartanah cemerlang yang meraih pendapatan sekitar S$20,000 sebulan sebelum industri itu melalui peralihan dan dia mengalami masalah kewangan, di samping sukar membayar bil sebagai pekerja di sebuah syarikat ubah elok.

Teo juga dibebani hutang daripada perjudian, bil kad kredit dan yuran persekolahan anak perempuannya yang tidak dapat dibayarnya dan kerap menangguhkannya.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa Teo berbohong kepada polis dan pakar psikiatri bagi menyokong pembelaan bagi tanggungjawab yang dikurangkan, yang mana seorang tertuduh mengalami keadaan minda tidak normal yang secara ketara menjejas tanggungjawab mentalnya menyebabkan kematian itu.

Peguam bela yang diketuai oleh Encik Eugene Thuraisingam meminta mahkamah agar Teo disabit kesalahan membunuh yang boleh disalahkan
yang tidak setara dengan pembunuhan, dengan berkata bahawa Teo mengalami gangguan kemurungan utama dan melakukan tindakan itu selepas satu provokasi.

Teo meminta untuk dibicarakan bagi dua tuduhan membunuh. Tuduhan ketiga kerana menyebabkan kematian janin dalam kandungan isterinya ditarik balik selepas sabitan pada Khamis.

Peguam Teo - Encik Eugene Thuraisingam, Encik Suang Wijaya dan Encik Johannes Hadi - akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan.

Sumber : CNA/TODAY/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan