Lelaki didenda tidak isytihar bawa lebih S$1 juta tunai keluar masuk Singapura
Seorang lelaki didenda S$30,000 kerana gagal mengisytiharkan dia keluar dan memasuki Singapura dengan membawa wang tunai lebih S$1 juta, menurut polis pada Isnin (21 Okt).

Gambar fail. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Seorang lelaki didenda S$30,000 kerana gagal mengisytiharkan dia keluar dan memasuki Singapura dengan membawa wang tunai lebih S$1 juta, menurut polis pada Isnin (21 Okt).
Alvin Lee Khai Wui, 37, didakwa pada 17 Oktober kerana gagal mengisytiharkan dia membawa masuk dan keluar dari Singapura lebih S$1.18 juta dalam tepoh kira-kira setahun.
Pada 22 Februari 2018, polis dimaklumkan tentang seorang lelaki yang membawa masuk wang tunai bernilai S$300,000 ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas.
Siasatan polis mendapati Lee berniat menggunakan wang S$300,000 itu untuk berjudi di kasino di Singapura dan gagal melaporkan tentang wang tunai itu kepada seorang pegawai berkuasa.
Dia melakukan 21 kesalahan serupa antara Jun 2017 dengan 22 Februari 2018.
Sesiapa yang didapati gagal mengisytiharkan pergerakan wang tunai boleh didenda sehingga S$50,000 atau dipenjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pengisytiharan pergerakan wang tunai melebihi S$20,000 (atau mata wang lain yang sama nilainya) ke dalam atau keluar dari Singapura diwajibkan di bawah perlembagaan. Kegagalan melakukan sedemikian merupakan satu kesalahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.