Skip to main content

Singapura

Lelaki didenda sengaja tuang sanitizer tangan dalam lif; koyakkan poster

Seorang lelaki yang menuang sanitizer tangan pada lantai sebuah lif HDB di Bishan dan mengoyakkan beberapa poster di dalam lif didenda S$4,000 pada Jumaat (24 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda sengaja tuang sanitizer tangan dalam lif; koyakkan poster

(Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 24 Jul 2020 02:35PM Dikemas Kini : 24 Jul 2020 02:38PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang menuang sanitizer tangan pada lantai sebuah lif HDB di Bishan dan mengoyakkan beberapa poster di dalam lif didenda S$4,000 pada Jumaat (24 Jul).

Low Ken Lum, 50, mengaku bersalah atas dua tuduhan perbuatan nakal, yang dia tahu akan menyebabkan kerosakan pada Majlis Bandaran Bishan-Toa Payoh.

Mahkamah diberitahu bahawa majlis bandaran itu menerima maklum balas daripada seorang penduduk antara 14 Mac hingga 30 Mac tahun ini. Menurut penduduk tersebut, poster-poster dan botol sanitizer tangan di dalam lif Blok 182 Bishan Street 23, sudah dirosakkan.

Seorang pegawai majlis bandaran membuat aduan polis pada 1 Apr. Siasatan mendedahkan bahawa Low merosakkan barangan tersebut sebanyak dua kali pada Mac.

Pada sekitar 4.36 pagi pada 21 Mac, Low mengeluarkan botol sanitizer tangan, yang diletakkan di dalam lif untuk kegunaan ramai dan menuangkan cecair itu di lantai.

Dia juga menanggalkan dua poster di dalam lif berkenaan dan membuangnya ke lantai sebelum beredar dari lif tersebut.

Beberapa hari kemudian pada 27 Mac, Low memasuki lif itu dan melakukan perkara yang sama - menuangkan sanitizer tangan di lantai dan mengoyakkan dua poster.

Kedua-dua kali perbuatannya itu dirakam oleh kamera litar tertutup.

Low mendakwa bahawa perbuatannya menuang sanitizer tangan di lantai adalah untuk "membersihkan lif" dan mengaku mengambil botot-botol itu untuk kegunaan peribadi.

Bagi setiap tuduhan melakukan perbuatan nakal, Low boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita