Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda selepas vape ditemui di tempat kerjanya di Harvey Norman, West Mall

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda selepas vape ditemui di tempat kerjanya di Harvey Norman, West Mall

(Gambar: Penguasa Sains Kesihatan)

Diterbitkan : 24 Nov 2023 12:07PM Dikemas Kini : 24 Nov 2023 12:09PM
SINGAPURA: Seorang lelaki 36 tahun didenda S$13,700 pada Khamis (23 Nov) selepas ratusan vape dan pod ditemui di tempat kerjanya di sebuah cawangan Harvey Norman di pusat beli belah West Mall.

Marcus Chen Jun Ming mengaku dia meraih keuntungan kira-kira S$10,000 hasil jualan produk tersebut.

Pada 20 Januari, pegawai Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menjalankan operasi di sebuah cawangan Harvey Norman di pusat beli belah West Mall selepas menerima panggilan mengenai penjualan vape kepada pelajar di kawasan tersebut.

"Penjual tersebut beroperasi dari tempat kerjanya di pusat beli belah dan menempatkan barangan yang dilarang itu di situ serta di rumahnya," dedah HSA pada Januari.

Chen diberkas ketika operasi tersebut, berserta 75 kotak mengandungi tiga pod dan 110 vape di cawangan Harvey Norman itu.

Sekitar pukul 8.00 malam pada hari yang sama, pegawai HSA menggeledah rumahnya dan menemui 251 kotak pod dan 409 vape.

Chen mengaku memiliki kesemua produk tersebut, dan mengaku ada di antaranya digunakan untuk kegunaan peribadi.

Mereka yang disabit bersalah mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk menjual produk tembakau tiruan boleh didenda sehingga S$10,000 atau hukuman penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang disabit bersalah buat kali kedua dan seterusnya berdepan denda sehingga S$20,000 atau hukuman penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya.

Adalah satu kesalahan untuk membeli, menggunakan dan memiliki produk sedemikian. Setiap kesalahan membawa hukuman denda sehingga S$2,000.

Sebarang produk tembakau yang dilarang akan dirampas.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan