Lelaki didenda S$5,000 kerana bakar mercun di Yishun
Seorang lelaki yang membakar sebuah kotak mengandungi 25 mercun berhampiran rumah-rumah flat di Yishun pada bulan lalu didenda S$5,000 pada Selasa (28 Mei).
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki yang membakar sebuah kotak mengandungi 25 mercun berhampiran rumah-rumah flat di Yishun pada bulan lalu didenda S$5,000 pada Selasa (28 Mei).
Noor Azhar Abdul Abas, 40 tahun mengaku bersalah atas satu tuduhan membakar mercun.
Kejadian itu berlaku dekat kawasan berumput berhampiran Blok 644 Yishun Street 61 pada 9 April lalu, iaitu pada malam Hari Raya Puasa, pada sekitar pukul 10.40 malam.
Rakaman video selama 8 saat mengenai kejadian itu dimuat naik oleh seorang penduduk ke wadah media sosial TikTok, yang menunjukkan mercun dibakar di estet perumahan itu.
Video itu sudahpun dipadam.
Tiada kecederaan dilaporkan.
APA YANG BERLAKU
Mahkamah diberitahu pada Mac lalu bahawa Noor Azhar telah membeli 25 mercun dengan kotaknya dilabel "Happy Boom Shoot" dari seorang individu tidak dikenali di kawasan Geylang.
Dia merancang untuk membakar mercun semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pada malam Hari Raya, dia membakar mercun di kawasan berumput di Yishun, dengan mercun yang dibakar itu mencecah ketinggian hampir 10 tingkat dan berlarutan selama dua minit.
Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada kawasan rumput itu terletak berhampiran dengan rumah Noor Azhar.
Disebabkan oleh kekecohan yang berlaku selepas mercun tersebut dibakar, orang ramai menjadi cemas dan menghubungi polis, yang berjaya mengesan Noor Azhar melalui kamera pengawasan di kawasan itu.
Baki mercun kemudian dirampas untuk diperiksa.
Dua rakaman video kejadian tersebut dimainkan di mahkamah.
Pada Selasa (28 Mei), Timbalan Pendakwa Raya Norman Yew mengusulkan hukuman denda sebanyak S$5,000 dikenakan ke atas tertuduh.
DPP Yew memberitahu mahkamah bahawa tindakan Noor Azhar telah mencetuskan kebimbangan yang tidak wajar terhadap para penduduk, sambil menambah terdapat elemen perbuatannya itu telah dirancang.
Dalam rayuannya, Noor Azhar berkata dia sangat menyesali atas perbuatannya itu kerana ia "dilakukan tanpa berfikir panjang".
Di bawah Akta Mercun Berbahaya, ia adalah satu kesalahan untuk memiliki, menjual, memindahkan, menghantar, mengedarkan, mengimport atau membakar mercun di Singapura.
Atas kesalahannya itu, Noor Azhar boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda antara S$2,000 dengan S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.