Lelaki didenda S$2,000; tidak beritahu ICA alamat baru dalam tempoh 28 hari
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Today
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 62 tahun didenda S$2,000 pada Selasa (23 Mei) kerana gagal melaporkan pertukaran alamat kediamannya dalam tempoh 28 hari.
Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Menurut ICA, pihaknya dimaklumkan oleh tuan rumah Lee Kah Hin pada 9 Disember 2022 bahawa dia masih menerima surat - termasuk surat tuntutan daripada syarikat-syarikat kredit - di tempat kediamannya sebelum ini di Jalan Bukit Merah selepas dia berpindah pada April 2020.
Lee, seorang warga Singapura, tidak melaporkan pertukaran tempat tinggal kepada ICA dalam tempoh 28 hari selepas dia berpindah ke kediaman barunya di Tampines Street, dedah penguasa tersebut dalam kenyataan medianya.
Dia berbuat demikian sekalipun mengetahui bahawa para pemiutang akan menghantar surat peringatan ke alamat lamanya setiap kali dia tidak dapat melunaskan pinjamannya.
Lee juga mengambil pinjaman baru daripada beberapa pemiutang sambil memberikan alamat lamanya kepada mereka.
Lantaran itu, surat tuntutan dihantar ke alamat lamanya selepas Lee gagal melunaskan hutangnya, nyata ICA.
Di bawah Akta Pendaftaran Kebangsaan, semua pemegang kad pengenalan yang menukar tempat kediaman mereka mesti melaporkan perubahan tersebut kepada ICA dalam tempoh 28 hari.
Sesiapa yang gagal melaporkan pertukaran alamat kediaman boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.
ICA memandang serius terhadap mana-mana individu yang gagal memenuhi Akta Pendaftaran Kebangsaan dan peraturannya. ICA juga mengingatkan semua warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengemas kini alamat kediaman mereka dengan ICA.
Warga Singapura dan PR yang perlu melaporkan pertukaran alamat kediaman boleh berbuat demikian secara online melalui laman http://go.gov.sg/ic-address.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.