Lelaki didenda S$2,000, buang air kecil di tangga bergerak MRT Outram Park ketika mabuk
Anggaran Waktu Membaca:

Li Guorui. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang membuang air kecil di tempat pemegang tangga bergerak di stesen MRT Outram Park dikenakan denda maksimum S$2,000 pada Selasa (14 Jan).
Li Guorui, warga China berusia 41 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan gangguan awam yang menyebabkan kegusaran dalam masyarakat.
Mahkamah diberitahu bahawa Li tiba di Singapura pada 2 Jan atas sebab perniagaan, dan tinggal di sebuah hotel di Upper Cross Street di Chinatown.
Pada 10 Jan, dia telah makan malam di Brotzeit German Bier Bar & Restaurant di pusat beli-belah Westgate dari kira-kira 7.00 malam hingga 9.00 malam, sebelum kembali ke hotelnya.
Li minum banyak bir dan menjadi mabuk, kata Timbalan Pendakwa Raya Jeremy Bin.
Pada kira-kira 10.00 malam, Li sedang meninggalkan stesen MRT Outram Park melalui pintu keluar 3 apabila dalam keadaan mabuk dia membuka zip seluarnya dan membuang air kecil pada pemegang tangga bergerak.
Beberapa orang awam menyaksikan perbuatannya dan video rakamannya menjadi tular dengan salah satu video mendapat lebih daripada 2,000 reaksi, kata Encik Bin.
Li kemudian meninggalkan stesen MRT itu dan kembali ke hotelnya. Seorang orang awam melaporkan kejadian itu melalui SGSecure pada 11 Jan.
Melalui tindakannya itu, Li melakukan gangguan awam yang menimbulkan kegusaran kepada orang ramai dengan mengetahui ia akan menyebabkan gangguan sedemikian, kata Encik Bin.
Kesalahan ini membawa denda sehingga S$2,000. Jika pesalah tahu perbuatan itu akan menyebabkan kecederaan, bahaya atau kegusaran, hukuman itu mungkin termasuk tempoh penjara sehingga tiga bulan.
Li dikesan oleh polis dan diberkas pada 12 Jan. Dia didakwa pada 13 Jan.
Encik Bin menuntut denda yang tinggi antara S$1,500 hingga S$2,000, dengan alasan bahawa pencegahan umum adalah satu-satunya pertimbangan hukuman.
Beliau menegaskan bahawa kesalahan Li adalah salah satu daripada beberapa kejadian yang sama baru-baru ini, dan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah harus menghantar mesej untuk menghalang kelakuan sedemikian.
Menurut Penguasa Pengangkutan Darat, dua individu lain telah ditangkap, dalam tempoh minggu lepas, kerana didakwa membuang air kecil di stesen MRT Tanah Merah dan Potong Pasir, kata Encik Bin.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.