Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda S$10,000, biarkan kucing peliharaan kebuluran lebih sebulan sehingga menyebabkannya mati

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki didenda S$10,000 oleh mahkamah daerah pada Isnin (30 Jan) kerana gagal memberi makanan serta air secukupnya kepada kucing peliharaannya, menyebabkan haiwan tersebut mati.

Menurut rekod mahkamah, Khairulnizam Khan Kamalrozaman tidak dapat membayar denda yang dikenakan dan sebaliknya, akan menjalani hukuman penjara selama 20 hari sebagai ganti hukuman denda tersebut.

Khairulnizam, 25 tahun mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Haiwan dan Burung, kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap kucingnya, yang bernama 'Grey'.

Dia mengabaikan tanggungjawab menjaga makan minum secukupnya bagi 'Grey' secara kerap antara 25 Disember dengan 2 Februari 2021.

Khairulnizam pada asalnya didakwa pada Ogos tahun lalu atas kesalahan membiarkan kucing peliharaannya kebuluran sehingga menyebabkan haiwan itu mati. Tuduhan tersebut bagaimanapun diubah kepada tuduhan sedia ada pada Oktober lalu.

Dia meminta beberapa penangguhan untuk mengumpul wang untuk membayar denda yang dikenakan, dengan memberi pelbagai alasan termasuk isterinya baru melahirkan dan kemudian, berkata dia telah berjanji untuk membawa anak perempuannya bersiar-siar semasa Tahun Baru Cina.

Semasa perbicaraan pada 18 Januari, dia menjelaskan tidak mempunyai wang dan meminta agar hukumannya ditangguhkan.

Dia akhirnya dijatuhkan hukuman pada Isnin (30 Jan).

Di bawah Akta Haiwan dan Burung, hukuman bagi kesalahan menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan adalah denda sehingga S$15,000, tempoh penjara sehingga 18 bulan atau kedua-duanya sekali.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan