Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda S$72,000; cuba elak bayar GST bagi barang ganti telefon bimbit

Seorang pengimport berusia 30 tahun didenda S$72,400 pada Rabu (6 Nov) kerana mengelak GST bagi beberapa konsainan meliputi barang ganti telefon bimbit.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda S$72,000; cuba elak bayar GST bagi barang ganti telefon bimbit

Barang-barang ganti telefon bimbit yang diimport. (Gambar: Kastam Singapura)

Diterbitkan : 06 Nov 2019 04:19PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 04:22PM

SINGAPURA: Seorang pengimport berusia 30 tahun didenda S$72,400 pada Rabu (6 Nov) kerana mengelak GST bagi beberapa konsainan meliputi barang ganti telefon bimbit.

Jimmy Ong, rakan kongsi syarikat pembaikan telefon bimbit Quality Comm, membeli barang ganti telefon bimbit daripada para pembekal di China dan mengimportnya ke Singapura sebanyak 48 kali antara 2015 hingga 2018, menurut Kastam Singapura dalam kenyataan medianya.

"Nilai kesemua konsainan ini tidak diisytiharkan dan jumlah GST yang dielak adalah S$14,040," menurut Kastam Singapura.

Ong mengaku bersalah atas 16 tuduhan dengan 32 lagi tuduhan lain turut dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Ong diberkas pada Jun tahun lalu setelah Kastam Singapura memeriksa dua kotak barang ganti telefon bimbt yang diserahkan kepada Ong di Pusat Kargo Udara Changi.

Kotak-kotak itu mengandungi 542 keping barang ganti yang nilainya diisytiharkan sebagai lebih rendah berbanding harga sebenar.

"Invois didapati dipalsukan untuk menyatakan bahawa nilai barang-barangan adalah lebih rendah daripada S$400 sedangkan nilai sebenar adalah S$7,810," menurut Kastam Singapura.

Menurut peraturan, GST dikenakan ke atas barang-barangan bernilai lebih S$400 dan diimport melalui laluan darat atau udara.

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa lelaki berkenaan mengelak GST ke atas 48 import.

Sesiapa didapati mengelak GST boleh menghadapi denda sehingga 20 kali jumlah cukai yang dielak dan/atau dipenjara sehingga enam tahun.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan