Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda S$3,000 lepaskan mercun di Little India

Seorang lelaki didenda S$3,000 hari ini (31 Dis) kerana menyalakan mercun di Little India semasa Deepavali.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda S$3,000 lepaskan mercun di Little India

Gambar fail.

Diterbitkan : 31 Dec 2019 11:38AM Dikemas Kini : 31 Dec 2019 11:39AM

SINGAPURA: Seorang lelaki didenda S$3,000 hari ini (31 Dis) kerana menyalakan mercun di Little India semasa Deepavali.

Sivasarvanan Suppiah Murugan, 43 tahun, seorang pengurus pentas, mengaku bersalah atas satu pertuduhan melepaskan percikan mercun berbahaya.

Mahkamah diberitahu bahawa Sivasarvanan bekerja di Kelab Lady Dream yang terletak di Perak Road pada malam Deepavali.

Dia membeli sekarton mercun Happy Boom dengan niat untuk melepaskannya bagi meraikan Deepavali, kata Timbalan Pendakwa Raya Emily Koh.

Antara pukul 8.30 malam pada 26 Oktober dengan pukul 4.00 pagi pada keesokan harinya, Sivasarvanan pergi ke beberapa kelab lain di kawasan itu untuk minum bersama rakan-rakannya.

Semasa berada di Kelab Mohican di Madras Street, Sivasarvanan memutuskan untuk melepaskan mercun di luar premis tersebut kerana menyangka tiada kamera di kawasan itu.

Sivasarvanan meletakkan sekarton mercun itu di atas jalan raya di persimpangan Madras Street dan Campbell Lane dan menyalakannya sebelum berlari jauh.

Para pegawai yang dikerahkan di Little India sempena perayaan Deepavali kemudian terdengar bunyi mercun tersebut dan ternampak cahaya di langit.

Mereka bergegas ke lokasi kejadian dan menjumpai kotak mercun berkenaan namun Sivasarvanan tiada di sana.

Pegawai polis dari balai pemantauan di Farrer Park Station Road menyaksikan percikan bunga api itu sekitar pukul 12.39 tengah malam.

Tiada kecederaan atau kerosakan yang berlaku disebabkan percikan bunga api tersebut.

Sivasarvanan, yang tidak diwakili peguam, meminta untuk membayar denda secara ansuran sebanyak dua kali dan permintaannya diluluskan.

Denda bagi pesalah pertama yang melepaskan mercun secara berbahaya adalah hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda antara S$2,000 dengan S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan