Lelaki didenda lebih S$700,000 bagi peranan dalam skim elak cukai, GST libatkan minuman keras
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kastam Singapura)
SINGAPURA: Seorang lelaki didenda lebih S$700,000 pada Selasa (17 Dis) kerana terlibat dalam konspirasi untuk mengelak cukai dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ng Shi Xiang, 38 tahun, adalah yang terakhir daripada empat warga Singapura untuk dihukum bagi penglibatan mereka dalam skim untuk menyalurkan arak tanpa cukai secara haram untuk diedarkan di pasaran dalam negeri.
Minuman keras itu telahpun diserahkan untuk dieksport sebagai simpanan laut, menurut Kastam Singapura dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (18 Dis).
Simpanan laut adalah barangan yang dibekalkan untuk dimakan atau kegunaan di atas kapal oleh anak kapal dan penumpang di luar perairan Singapura. Barangan tersebut termasuk makanan, rokok, minuman keras dan keperluan lain.
Oleh kerana simpanan laut dianggap sebagai eksport, ia dikecualikan daripada pembayaran cukai dan GST.
Kes itu terbongkar semasa operasi pada 2 April 2020, apabila pegawai Kastam Singapura memerhatikan sebuah lori meninggalkan gudang berlesen membawa minuman keras tanpa cukai untuk dieksport sebagai simpanan laut dari Terminal Penjuru.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.