Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda langgar peraturan COVID-19 anjur jamuan 20 tetamu

ekalipun undang-undang COVID-19 pada ketika itu mengharamkan sebarang perhimpunan melebihi lapan orang sekumpulan di tempat awam, Ganesan Angudan tetap menganjurkan satu jamuan malam melibatkan sekurang-kurangnya 20 orang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mertuanya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda langgar peraturan COVID-19 anjur jamuan 20 tetamu

Ganesan Angudan meninggalkan Mahkamah Negara pada 26 Okt 2021. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 26 Oct 2021 07:33PM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 07:34PM

SINGAPURA: Sekalipun undang-undang COVID-19 pada ketika itu mengharamkan sebarang perhimpunan melebihi lapan orang sekumpulan di tempat awam, Ganesan Angudan tetap menganjurkan satu jamuan malam melibatkan sekurang-kurangnya 20 orang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mertuanya.

Atas tindakannya pada April lalu, warga Singapura berusia 39 tahun itu didenda S$3,000 pada Selasa (26 Okt). Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan melanggar Peraturan (Perintah Kawalan) (Langkah-Langkah Sementara) COVID-19 2020.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 3 April, selepas memutuskan untuk menganjurkan jamuan malam, lelaki itu menempah sebuah ruang serba guna di Lotus@Norris di kawasan Little India untuk kegunaan seminggu kemudian.

Dia membayar pemilik ruang tersebut S$700 bagi tempahan tersebut dan menjemput sekitar 30 orang termasuk handai taulan dan sanak saudara.

Pada ketika itu, sekatan di bawah fasa ketiga pembukaan semula Singapura secara bertahap-tahap dilaksanakan berikutan perintah kawalan pergerakan separa. Ini termasuk had perhimpunan seramai lapan orang sekumpulan di tempat awam.

Sekitar pukul 7.00 malam pada 10 April, lelaki itu berkumpul bersama sekurang-kurangnya 20 orang yang tidak duduk serumah dengannya bagi sambutan jamuan malam tersebut, yang dianjurkan selama tiga jam.

Para tetamu duduk sekitar lima hingga enam orang semeja, namun tiada jarak selamat 1 meter antara mereka. Bahkan, mereka bergaul secara bebas dari satu meja ke satu meja yang lain. Sesetengah tetamu bahkan tidak memakai pelitup sekalipun apabila mereka tidak minum atau makan.

Dua pegawai polis kemudian tiba di tempat acara itu sekitar jam 10.00 malam sebagai respons kepada satu aduan oleh seorang anggota awam yang mengatakan ada bunyi bising yang kuat dan asap berlegar dari tempat tersebut.

Setiba mereka di sana, para pegawai melihat sekumpulan besar orang berkumpul termasuk Ganesan.

Mereka yang didapati bersalah melanggar undang-undang COVID-19 boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda tidak melebihi S$10,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan