Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda kerana tinggalkan rumah semasa 'circuit breaker' untuk berjudi di Chinatown

Semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan pada 2020 yang mana kegiatan-kegiatan tidak penting dilarang, seorang lelaki meninggalkan rumahnya untuk berjudi dengan 10 individu lain di Chinatown. Goh Hock Poo mendakwa tidak mahu pergi berjudi tetapi akhirnya pergi juga kerana diajak isteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda kerana tinggalkan rumah semasa 'circuit breaker' untuk berjudi di Chinatown

(Gambar hiasan: Ekaterina Bolovtsova/Pexels)

Diterbitkan : 10 Aug 2021 06:05PM Dikemas Kini : 10 Aug 2021 06:06PM

SINGAPURA: Semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan pada 2020 yang mana kegiatan-kegiatan tidak penting dilarang, seorang lelaki meninggalkan rumahnya untuk berjudi dengan 10 individu lain di Chinatown.

Goh Hock Poo, 51 tahun, didenda S$5,500 atas kesalahan-kesalahan itu pada Selasa (10 Ogos).

Ketika mengemukakan rayuan, Goh berkata dia tidak mahu ikut sama dalam salah satu daripada perhimpunan itu kerana rasa kurang sihat. Dia akhirnya pergi juga setelah diminta isterinya supaya menghantar beliau ke sana.

Goh mengaku bersalah atas tiga tuduhan berjudi di rumah judi dan bertemu dengan 10 individu lain yang bukan dari isi rumahnya.

Mahkamah diberitahu bahawa pegawai polis menjalankan serbuan di Jun You Friendly Association di 54 Temple Street pada sekitar 9.40 malam pada 8 Mei 2020.

Mereka menemui Goh dalam unit tersebut bersama 10 tertuduh yang lain. Dia sedang berduduk di meja dengan tiga orang lain sambil menggunakan buah mahjong untuk bermain "labi".

10 individu bersama Goh kebanyakannya lelaki berusia antara 50 dengan 70 tahun dan seorang wanita, 72 tahun.

Walaupun ditangkap, Goh kembali ke lokasi yang sama pada 4 Jun 2020. Pegawai polis menyerbu tempat itu sekali lagi dan menjumpai Goh bersama 10 tertuduh yang lain, semuanya lelaki berusia 50 hingga 70 tahun.

Pihak pendakwa meminta denda sebanyak S$5,500, sambil berkata bahawa Goh tidak mempunyai sebarang sabitan berkaitan yang lalu.

Goh merayu agar hukumannya diringankan dan jumlah denda paling rendah. "Saya hanya seorang pemandu Grab, masa agak sukar," katanya dalam bahasa Mandarin menerusi seorang jurubahasa.

Goh menekankan dia hanya mempunyai S$300 dan berulang-ulang kali memberitahu jurubahasanya bahawa itu sahaja yang mampu dibayarnya. Setelah mempertimbangkannya, hakim memberi Goh sehingga April 2022 untuk membayar dendanya secara ansuran.

Atas kesalahan berjudi di tempat perjudian, Goh boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya.

Bagi setiap kesalahan COVID-19, dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/IH/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan