Lelaki didenda kerana langgar kaki pegawai di Pusat Pemeriksaan Woodlands
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Grace Yeoh)
SINGAPURA: Seorang lelaki didenda S$4,000 pada Khamis (1 Ogos) kerana melanggar kaki seorang pegawai polis tambahan yang sedang menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tangki kenderaan yang melepasi Pusat Pemeriksaan Woodlands mempunyai sekurang-kurangnya tiga suku minyak.
Ng Hock Keong, rakyat Singapura berusia 68 tahun mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan parah melalui perbuatan cuai.
Dia dilarang memandu selama dua bulan dan diperintahkan membayar pampasan S$2,516 kepada mangsa.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa, rakyat Singapura berusia 31 tahun, sedang bertugas di Kompleks Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 7 Jun 2022.
Tugasnya termasuk memastikan tangki kenderaan-kenderaan yang meninggalkan Singapura untuk ke Malaysia sudah diisi sekurang-kurangnya tiga suku minyak.
Ini adalah syarat yang ditetapkan di bawah Akta Kastam, untuk mencegah para pemandu daripada memasuki Malaysia untuk mengisi minyak dan mengelak cukai minyak di Singapura.
Jika pegawai mendapati sesebuah kenderaan dengan kurang daripada tiga suku minyak, beliau perlu mengarahkan pemandunya meletakkan kereta di tepi sebelum dibawa masuk ke pejabat berdekatan.
Sekitar pukul 11.00 malam pada hari itu, Ng sedang memandu di Pusat Pemeriksaan Woodlands semasa pegawai berkenaan melakukan pemeriksaan tangki minyak.
Ng memberhentikan keretanya seperti yang diarahkan. Sekalipun demikian, sedang pegawai itu menghampiri tingkap kereta Ng untuk melakukan pemeriksaan, Ng mula memandu.
Dia melakukan demikian kerana menyangka pegawai berkenaan memberi isyarat supaya dia bergerak ke hadapan.
Perbuatannya itu menyebabkan tayar kanan bahagian belakang keretanya melanggar kaki mangsa.
Pegawai itu kemudian menjerit menyuruh Ng memberhentikan keretanya dan Ng mematuhinya.
Mangsa memberitahu Ng supay meletakkan keretanya di satu tempat berdekatan. Pada waktu itu mangsa belum merasa sakit pada kakinya dan enggan memanjangkan isu tersebut.
Selepas melakukan pemeriksaan lanjut, mangsa menyedari kereta itu mempunyai kurang daripda tiga suku minyak.
Pegawai itu membawa Ng ke pejabat supaya para pegawai Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) boleh menangani kes tersebut.
Beliau tidak memberitahu Ng mengenai insiden melibatkan kakinya kerana ingin mengelak bersemuka. Sebaliknya, beliau memaklumkan kepada rakan sekerjanya mengenai insiden itu.
Dua jam kemudian, mangsa mula berasa sakit pada kaki kirinya. Beliau memandu ke Hospital Khoo Teck Puat dan imbasan X-ray pada buku lali dan kakinya menunjukkan kemungkinan terkehel tulang sendi.
Beliau diberikan cuti sakit dirawat di hospital selama 14 hari dan kemudian membuat aduan polis.
Beliau kemudian sekali lagi dimasukkan ke hospital dan diberi cuti sakit sekitar 150 hari.
Laporan perubatan menyatakan beliau mengalami kecederaan ligamen pada bahagian lengkungan tapak kaki, kerana dihempap atau terkehel. Pembedahan pada bahagian tengah kaki dijalankan pada 10 Jun 2022.
Mangsa perlu menanggung kos rawatan perubatan sekitar S$23,000, dengan sebahagian besarnya dibiayai oleh insurans.
Pihak pendakwa meminta denda antara S$4,000 dengan S$5,000 bagi Ng dan larangan memandu selama enam bulan.
Pendakwa menarik perhatian kepada rekod memandu bersih Ng, pengakuan bersalah dan hakikat bahawa insiden itu adalah "kesilapan sekali sahaja".
Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk melalui perbuatan duai, Ng boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.