Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda gagal isytiharkan lebih S$1 juta ketika melalui sempadan S'pura

Seorang lelaki didenda S$18,000 pada Khamis (30 Mei) kerana gagal melaporkan jumlah besar wang tunai yang dibawa semasa memasuki dan meninggalkan Singapura dalam dua kejadian berasingan, kata polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda gagal isytiharkan lebih S$1 juta ketika melalui sempadan S'pura

Pemandangan sekitar Terminal 4, Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 31 May 2019 07:46AM Dikemas Kini : 31 May 2019 07:48AM

SINGAPURA: Seorang lelaki didenda S$18,000 pada Khamis (30 Mei) kerana gagal melaporkan jumlah besar wang tunai yang dibawa semasa memasuki dan meninggalkan Singapura dalam dua kejadian berasingan, kata polis.

Kamapanis Pornchai, 48 tahun, tidak mengisytiharkan wang tunai bernilai lebih S$1.12 juta secara keseluruhan.

Polis dimaklumkan pada 11 Januari tahun lalu bahawa lelaki itu membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak di Lapangan Terbang Changi Terminal 4.

Mereka mendapati Pornchai membawa lebih S$454,650 dalam mata wang Singapura apabila cuba untuk meninggalkan negara ini tetapi tidak melaporkan perkara itu kepada pihak-pihak berkuasa.

Polis tidak memberi sebarang butiran mengenai satu lagi kejadian melibatkan Porncha cuba membawa pelbagai mata wang melintasi sempadan Singapura.

Sesiapa yang didapati gagal untuk melaporkan pergerakan wang tunai rentas sempadan boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam kenyataan medianya, polis menyatakan: "Polis ingin mengingatkan orang awam tentang keperluan berkanun untuk mengisytiharkan pergerakan fizikal sebarang wang tunai melebihi S$20,000 (atau jumlah yang bersamaan dalam mata wang asing) bila memasuki atau keluar dari Singapura dan kegagalan untuk berbuat sedemikian adalah satu kesalahan." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan