Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda, gaduh di lobi HDB selepas enggan gerakkan anjing ke tepi bagi orang keluar lif

Seorang lelaki yang keluar dari lif di sebuah blok HDB ternampak sepasang suami isteri bersama dua ekor anjing dan bertanya sama pasangan itu boleh jauhkan anjing mereka, kerana isterinya takut dengan haiwan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda, gaduh di lobi HDB selepas enggan gerakkan anjing ke tepi bagi orang keluar lif

Gambar hiasan seekor anjing yang diikat (Gambar: Unsplash/Kevin Lehtla)

Diterbitkan : 06 Dec 2021 05:49PM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 05:56PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang keluar dari lif di sebuah blok HDB ternampak sepasang suami isteri bersama dua ekor anjing dan bertanya sama pasangan itu boleh jauhkan anjing mereka, kerana isterinya takut dengan haiwan itu.

Pemilik haiwan peliharaan itu enggan berbuat demikian kerana merasakan ada cukup ruang untuk pasangan yang keluar dari lif untuk berjalan, dan kedua-dua lelaki itu mula bergaduh.

Pemilik anjing tersebut, Ng Lai Beng, 59 tahun, didenda S$2,000 pada Isnin (6 Dis). Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan bergaduh, dengan dua lagi tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan kata-kata kesat diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Ng, seorang pengurus penmbangunanperniagaan, berada bersama isterinya di sebuah blok HDB di Sengkang pada 27 Jun lalu. Mereka sedang menunggu lif, dengan dua anjing mereka diikat.

Tertuduh bersama Lee Muhammad Johan Razali Lee dan isterinya berada di dalam lif itu.

Apabila sampai di tingkat bawah, Lee, 35 tahun, meminta Ng mengalihkan anjingnya jauh dari pintu lif supaya dia dan isterinya boleh keluar.

Ng enggan berbuat demikian, kerana padanya terdapat ruang yang cukup untuk Lee suami isteri bergerak. Kedua-dua lelaki itu mula bertengkar, kata pendakwa raya.

Ng kemudian menolak Lee sebelum menyerahkan anjing-anjing itu kepada isterinya dan menumbuk muka lelaki itu. Kedua-dua lelaki tersebut saling menolak dan menumbuk antara satu sama lain.

Polis tiba di tempat kejadian dan kedua-dua lelaki ditahan.

Ng diperiksa oleh doktor semasa dalam lokap dan didapati mengalami bengkak dekat bahagian telinganya, darah kering di kedua-dua lubang hidung dan melecet pada siku dan lututnya.

Lee mengalami bengkak ringan dekat bahagian telinganya dan calar sedikit di bahagian dada.

Semasa membuat rayuan, Ng berkata tertuduh bersama "terus-menerus memarahi" dirinya dan isteri, dan berkata dia tidak dapat mengawal diri ketika marah. Katanya, dia benar-benar menyesali perbuatannya dan sebelum ini merupakan pemandu Grab namun terpaksa memulangkan kereta itu kerana perniagaannya hambar.

Dia dibenarkan membayar denda secara ansuran sebelum 20 Dis.

Tertuduh bersama diberi amaran bersyarat atas peranannya dalam kejadian itu.

Atas kesalahan bergaduh, Ng boleh dipenjara hingga setahun, didenda tidak melebihi S$5,000 atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan