Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda cuba bawa keluar lebih S$460,000 tunai dari S'pura

 Seorang lelaki didenda S$8,000 kerana cuba membawa keluar wang tunai bernilai lebih S$460,000 dari Singapura awal bulan ini menurut satu kenyataan media polis pada Khamis (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda cuba bawa keluar lebih S$460,000 tunai dari S'pura

(Gambar fail: Francine Lim)

Diterbitkan : 30 Nov 2018 08:21AM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 08:24AM

SINGAPURA: Seorang lelaki didenda S$8,000 kerana cuba membawa keluar wang tunai bernilai lebih S$460,000 dari Singapura awal bulan ini menurut satu kenyataan media polis pada Khamis (29 Nov).

Pada 3 November, Charles Phillip Santharasegaran, 27 tahun sedang berada di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi untuk menaiki pesawat ke Papua New Guinea apabila beliau diperiksa seorang pegawai.

Mata wang dolar Singapura, Amerika Syarikat dan Australia yang kesemuanya bernilai S$460,00 ditemui dalam bagasinya.

Di bawah undang-undang negara ini, sesiapa yang cuba membawa wang tunai melebihi S$20,000 atau nilai sama dalam mata wang asing, ke dalam atau keluar Singapura perlu mengisytiharkannya kepada seorang pegawai imigresen.

Pada 22 November, Santharasegaran didakwa dan didenda S$8,000 kerana gagal mengisytiharkan jumlah wang itu.

Atas kesalahan tersebut, Santharasegaran boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan