Lelaki didenda buat ancaman palsu letupkan pesawat di Instagram, sebabkan penerbangan tertangguh
Anggaran Waktu Membaca:
Azim Shah Abubakar Shah tiba di Mahkamah Negara pada 6 Oktober 2025. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 22 tahun yang memuat naik catatan di Instagram Story yang menyatakan bahawa dia akan meletupkan pesawat dilaporkan kepada polis oleh Meta.
Penerbangan Etihad Airways tertangguh sementara lelaki itu disiasat, dengan syarikat penerbangan itu kemudiannya menanggung bayaran pelepasan lewat sebanyak S$1,750.
Azim Shah Abubakar Shah didenda S$3,500 oleh mahkamah pada Isnin (6 Okt) atas satu pertuduhan membuat catatan berbentuk ancaman yang dilihat oleh orang lain dan berkemungkinan menimbulkan kegusaran.
Mahkamah diberitahu bahawa polis menerima maklumat daripada seorang anggota pasukan penguatkuasaan undang-undang Meta sekitar pukul 7.20 petang pada 14 Februari lalu.
Beliau melaporkan mengesan satu catatan di Instagram dengan mesej: "Tiada siapa di sini tahu saya akan meletupkan pesawat ini".
Polis diberi nombor telefon dan alamat IP Azim dan mengesan mesej itu kepada Azim. Mereka menentukan bahawa dia berada di dalam pesawat Etihad Airways dalam penerbangan yang berlepas dari Singapura ke Abu Dhabi.
Pesawat itu, yang berada di landasan di Lapangan Terbang Changi, dipanggil kembali ke Terminal 2. Azim diiringi keluar dari pesawat dan bagasinya diperiksa.
Dia mengaku memuat naik catatan tersebut sekitar pukul 6.55 petang. Ia hanya boleh dilihat oleh 16 orang rakannya.
Azim berkata catatannya hanyalah gurauan.
Tindakannya menyebabkan penerbangan tertangguh dan hanya berlepas sekitar pukul 9.25 malam itu.
Azim ditangkap selepas pukul 12.00 tengah malam pada 15 Februari dan kemudian dilepaskan atas ikat jaminan.
Atas kesalahan membuat catatan yang berbentuk ancaman dan berkemungkinan menimbulkan kegusaran, dia boleh didenda sehingga S$5,000.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.