Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda, buang 8 kucing di tempat sampah HDB

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebelum pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjalankan pemeriksaan ke atas flat mereka, Muhammad Al-Imran M Roslan, 37 tahun, memberitahu isterinya yang dia akan membawa beberapa ekor kucing milik mereka ke pusat perlindungan haiwan. Ini memandangkan isterinya memelihara lebih 20 ekor kucing di rumah mereka.

Pada 23 Januari, Al-Imran meletakkan lapan ekor kucing dalam sebuah sangkar dan membawanya ke tempat buang sampah di Blok 462 Choa Chu Kang Avenue 4, lalu melepaskan kucing-kucing itu.

Kira-kira sejam kemudian, NParks dimaklumkan mengenai kucing-kucing yang terbiar itu. Pegawai NParks tiba di tempat tersebut dan menyelamatkan tujuh ekor kucing berbulu pendek domestik.

Baki satu ekor kucing tidak dapat ditemui.

Pada Rabu (31 Ogos), Al-Imran dikenakan denda S$4,500 selepas mengaku bersalah di sebuah mahkamah daerah atas dua tuduhan abaikan haiwan peliharaan. Enam tuduhan serupa diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Selain itu, Al-Imran juga dilarang daripada mempunyai haiwan peliharaan selama 12 bulan.

Bagi setiap tuduhan mengabaikan haiwan tanpa sebab atau alasan munasabah di bawah Akta Haiwan dan Burung, Al-Imran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan atau didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan