Lelaki didapati bersalah rogol anak perempuan sendiri 2 kali dalam sehari
Seorang lelaki didapati bersalah pada Rabu (3 Jun) kerana merogol anak perempuannya dua kali pada suatu malam dan mengugutnya dengan pisau lipat.

(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang lelaki didapati bersalah pada Rabu (3 Jun) kerana merogol anak perempuannya dua kali pada suatu malam dan mengugutnya dengan pisau lipat.
Lelaki berusia 53 tahun itu disabit kesalahan bagi sembilan tuduhan termasuk dua tuduhan serangan seksual merogol secara teruk, satu tuduhan serangan seksual secara teruk dengan penembusan serta tuduhan-tuduhan melibatkan pencabulan kehormatan, ugutan jenayah serta dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Nama kedua-dua pihak tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.
Mahkamah diberitahu bahawa lelaki berkenaan dan anak perempuannya, yang ketika itu berusia 23 tahun, minum arak bersama-sama pada awal pagi 27 Mac 2016. Anaknya itu kemudian tertidur.
Beliau terjaga apabila merasakan seseorang mencabul kehormatannya berlapiskan seluarnya. Apabila mangsa mencelik mata, beliau ternampak bapanya dalam keadaan terlanjang sepenuhnya dan sedang merabanya, menurut pihak pendakwa.
Dia kemudian meletakan pisau lipat di leher anaknya dan mengugut untuk "mengelarnya" sebelum merogol mangsa dua kali serta memaksa mangsa untuk melakukan aksi seks ke atasnya.
Mangsa cuba untuk merampas pisau lipat daripada bapanya tetapi dia menumbuk dan mencekik mangsa.
Mangsa meminta bantuan pada pagi kemudian harinya setelah memujuk bapanya untuk memulangkan semula telefon bimbitnya dan membenarkannya meninggalkan flat itu. Beliau menghubungi teman lelakinya yang menemaninya untuk membuat laporan polis.
Mangsa didiagnos dengan gangguan tekanan pasca-trauma berserta gejala murung yang berkaitan dengan di Institut Kesihatan Mental (IMH) selepas serangan tersebut. Luka juga ditemui di lehernya.
Sebagai sebahagian daripada pembelaannya, lelaki tersebut mendakwa mangsa telah "menggodanya", memulakan perbuatan seksual dan mepersetujui dengan tindakan itu - tuntutan yang ditolak oleh Hakim Hoo Sheau Peng, yang menyifatkan lelaki itu sebagai "saksi yang tidak bercakap benar sama sekali".
Hakim berkata beliau menerima pernyataan mangsa mengenai peristiwa itu, menyebutnya sebagai "meyakinkan dan jelas".
Beliau menambah pernyataan mangsa juga berselaras dengan semua bukti sokongan, fakta dan keadaan.
Sebaliknya, tindakan tertuduh bercanggah dengan dakwaannya bahawa perbuatan itu berlaku berdasarkan persetujuan, kata Hakim Hoo.
Lelaki itu akan dihukum pada satu tarikh yang ditetapkan nanti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.