Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa tikam pelakon Ryan Lian di pusat beli-belah NEX

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa tikam pelakon Ryan Lian di pusat beli-belah NEX

(Gambar: Instagram/ryanlianyy)

Diterbitkan : 26 Nov 2024 10:24PM Dikemas Kini : 26 Nov 2024 10:41PM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa dimahkamah kerana menikam pelakon filem Ah Boys to Men Ryan Lim menggunakan sebilah pisau berulang kali di pusat membeli belah NEX.

Tertuduh, Aaron Samuel Yukon, yang didakwa pada Sabtu (23 Nov), kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan alat untuk menikam.

Kejadian itu didakwa berlaku di pusat beli-belah di Serangoon pada petang Jumaat.

Hukuman bagi kesalahan tersebut adalah penjara selama tujuh tahun, denda, rotan atau gabungan hukuman itu.

Menurut rekod mahkamah, Yukon dimasukkan ke Hospital Besar Changi dan diperintahkan untuk ditahan reman apabila dibenarkan keluar.

Perbicaraan mahkamah seterusnya akan berlangsung pada 29 November.

Ketika Mediacorp berada di pusat beli-belah NEX pada Jumaat sebelum pukul 10.00 malam, polis sudah mengepung laluan pejalan kaki berbumbung di luar pusat beli-belah itu.

Lima pegawai berpakaian seragam sedang mengarahkan pejalan kaki dari kawasan itu, manakala beberapa lagi yang kelihatan berada di dalam kawasan yang dikepung sedang melakukan pemeriksaan.

Lian, yang dinamakan dalam dokumen mahkamah sebagai Lian Yong Yi, terkenal dengan wataknya dalam Ah Boys To Men 4 dan Money No Enough 3.

Dalam komen kepada akhbar harian Cina Lianhe Zaobao, Lian mengesahkan beliau cedera dalam serangan itu dan berkata beliau dibenarkan keluar dari hospital pada Isnin (25 Nov).

Lian sendiri ditahan pada September selepas dirakam cuba membuka kunci elektronik sebuah rumah Telok Blangah.

Dalam kejadian itu, polis menahan seorang di bawah Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan) selepas menerima laporan.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan